Memandangkan ramai gak bertanyakan dekat aku pasal midnight sun.....so kat sini korang bleh terus mendolod kat official website stephenie meyer....penulis ni ada cakap yang sekarang ni dia nak relaks jap from menulih..dia tak nak terburu-buru continue twilight saga..takut nanti ending hampeh.....kalau korang perasan ending dalam breaking down berakhir di rumah hadiah mak edward kat diorang kan...so apa pun stephenie ada kita baca free pasal perspektif cullens tentang bella dan jacob....kesudahan lanjut kenala baca sebab aku pun tak baca lagi..hehehe
Monday, May 25, 2009
Midnight Sun: twilight saga
Menggamit Memori....
Entry kali ini adalah menggamit memori..memandangkan tak banyak cerita best2 untuk dipreviewkan ditambah plak dengan kemalasan tahap gaban…macam biasa bos gi khusus so kerja bertimbun2la .Namun aku perlu juga mengupdatekan blog aku…..yela ni kan salah satu hobi..kekeke..Ok kenapa plak aku cakap menggamit memori…..sebab citer kali ini berbeza abad, dekad dan juga generasi……JDORAMA yang penuh nostalgia…ingat nak interview mak aku tanya citer ni tapi…..nanti mak aku cakap ko kerja apa nak jadi wartawan ke? Kekekeke so tak blehla terpaksala mencari dalam ternet ni..malasnyer nak cari sebab citer lama ni….ooppppppppssss tak sebut pun lagi tajuknyer..ok citer dua generasi yang aku maksudkan adala citer Moero Attack dan juga Attack No. 1.. kedua2 drama ni mengisahkan tentang pemain-pemain wanita pasukan bola tampar yang gigih berusaha untuk kejayaan pasukan Jepun....bezanya Moero Attack adalah tentang perjuangan pasukan mereka untuk ke Sukan Olimpik time tu manakala Attack No. 1 plak untuk wakil Jepun ke kejohanan ramaja dunia.....aku memang ske drama ni..namun kalau ditanya pada masayarakat.mungkin diorang tak tahu..lagi pun tak ada tayang kat TV..tapi kalau tanya orang2 lama dalam usia 30 ke 40-an mesti diorang tahu citer moero attack..bah kan mak aku juga pernah ceritakan time drama ni tayang pada waktu petang...semua orang duduk depan TV je..malah dekat sekolah kelab2 bola tampar menjadi sangat popular..tapi hangit-hangit tahi ayam je la....cam biasala.....tapi yang best tu....citer ni memang sangat famous dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan..malah serata asia pun juga tayang dama ni malah drama ni menjadi inspirasi pasukan bola tampar wanita China memenangi Kejohanan dunia pada tahun 1980.Wowwwwww penangan yang sangat hebat...so aku juga berharap agar dapat tengok citer ni...bagi aku cerita Attack no 1 pun best juga....tapi tula nak kena tengok moero attack then baru bleh compare...time ditayangkan kat Malaysia sekitar tahun 1988...aku muda setahun drpd Shin Chan iaitu baru 4 tahun dan kakak aku plak darjah 3.....rasanya my big sister tahu kut citer ni.....apa pun cerita-cerita sebegini memang bersemangat untuk ditengok..ini adalah kelebihan Jepun yang masih tak dapat kita tandingi lagi..pembawakan cerita bermessage yang menguja sesiapa yang menontonnya...apa pun mari kita lihat perbandingan secara ringkas seperti di bawah

Tengok cover drama dan tunjang pelakon Utama....memang menggamit memori silap walaupun time ni aku entah pape entah tak tahu apa-apa pun lagi
Synopsis ringkas Moero Attack:
Cerita ni mengisahkan perjalanan hidup seorang gadis bernama Chun yang mengejar impiannya menjadi pemain bola tampar dan dugaan dan cabaran sebelum mereka sepasukan mencapai kejayaan. Pelaon utama adalah Yumiko Araki, Junko Mihara dan Tadashi Sato...semua ni dan veteran dah...kalau muncul pun jadi okasan atau nenek2 je..hihihi..scene yang best citer ni( menurut mak aku la) kepakaran chun-chan melakukan spike yang dikenali sebagai “summersault Berpusing” gila ganasnyer spike macam nak buat terjun je...bila tiba je saat2 genting so chun akan melompat tinggi, pastu buat skit style gimnastik, berpusing sebelum membuat hantaran spike...so ternganga dan terlopong mulut pihak lawan sampai lupa nak tepis spike tu......inilah keistimewaan drama ni dan menjadi kegemaran ramai
Synopsis Attack No. 1
Drama ni plak mengisahkan Ayuhara Kazue( Ueto Aya) yang tak terrer pun main bola tampar tetiba terpilih ke kem pemain terbaik daerah dan ini mengisihkan kawan baiknya yang terrer iaitu Hayakawa Midori.Kawan dia ni kecil hati dan tukaq sekolah..so beban bertambah apabila kazue dilantik jadi kapten untuk membimbing pasukannya ke peringkat daerah. Masa dalam kem daerah dia selalu dibuli dan dimarahi jurulatih sampai kecewa…part ni memang sedih time kawan dia diseret keluar kem sebab buat kesalahan…pastu time bila kakinya problem dan memerlukan pembedahan padahal time ni dia alah spiker terpenting pasukannya…..teknik Kazue plak bila dia membuat spike..bola tersebut akan menjunam hantarannya dan bergerak bergetar ke kiri dan ke kanan menyebabkan pihak lawan tak bleh nak buangla smash bola ni…….dasyat….tapi tak sedasyat pusingan summersault dalam Moero Attack rasanya…apa pun cerita ni memang best..kisah dimana teman lelakinya mati accident time on da way nak saksikan perlawanannya menentang kawan karib dia sendiri….so 10/10 la untk citer ni….
So,. ni dia video clip lagu kedua-dua drama ni....susahla nak cari lagu Moero Attack ni....apa pun layan.......
Sunday, May 24, 2009
template baru.....
Monday, May 18, 2009
Lagu Best Untuk dilayan
Revolusi Terminator
Terminator 3 plak pada 2003..time ni aku berusia 19 tahun dan baru menjejak kaki ke Universiti
Friday, May 15, 2009
Selamat hari Guru.....Happy Teacher's Day
Cikgu-cikgu ni Nakamura nak wish Selamat hari Guru kat semua cikgu-cikgu kat serata Malaysia ni...terutama Cikgu sek. Keb. Lunas Jaya, Sek Men Sultan Badlishah, Sek Men Sains Sultan Muhammad Jiwa dan juga Kolej Mara Kulim.Dari Kanan : Cikgu Sulaiman ngajar Math aku form 3...garang macam singerrrrrrr, Cikgu Che Ani..tersangat baik hati dan tak kisah kalau kami gi sembahyang 1 jam punnnnn, Cikgu Ku Nasrina..guru kelas aku masa 4sc1 and 5sc1..taks coz tolong saya dapat tertinggi BM hehehe..rahsia ye cikgu, Puan Wu...cikgu math masa aku darjah 4,5,dan 6...sangat best mengajar math..malah adik2 saya pun turut score A for math..
Atas dr Kanan...Ustaz Ismail....ngajar Agama yang sempoi..selalu bagi nasihat mengalahkan lecture class, cikgu India ni mewakili wife dia cikgu Sumathi...cikgu English masa form 3...seronok sangat dia ngajar English...pastu cikgu Samsudin..ngajar Kimia masa form 4....ambe tak terror kimia..soweyyyyyy cikgu...ni tak kenal plakkkkkk kekeke...lastly cikgu Jo...mengajar sejarah dan merangkap cikgu disiplin aku....seronok kan cikgu masa kita buat sport check kuku n rambut panjang..tup tup cikgu nyer kuku pun ada panjang terkantoi plakkkk.....
Semoga semua cikgu2 terus memberikan khidmat yang cemerlang kepada anak bangsa...kepada cikgu2 yang aktif berblogger..blogger2 juga ye..make sure ngajar tetap number one....kkkk...kekeke
Sunday, May 10, 2009
Gokusen 3 Graduation Special 2009 dan kuarla
Semua ni Origin ye...hahaha..harga memang murahla DVD BFF yang aku beli RM32.00 je....pastu Love Shuffle RM29.90 manakala Gokusen 3 SP 2009....RM12.90..ni harga special sebab aku pelanggan tetap Speedy ni...so entahla sempat ke aku menghabiskan semua citer ni.....Gokusen aku baru je abis tengok dan terus je aku nak update blog ni..hehehe..citer cam biasala....nak kata best sangat taklerrr..tapi walaupun jalan citer dah tahu...aku ske gak tengok..Yankumi Sensei...ni kira penamat siri Gokusenla....nanti dah takder dah Gokusen 4......







