Friday, June 20, 2008

Thank You


Semalam lepas balik keja tetiba je rasa nak laya citer korea .....so layanla citer Thank You yang di bintangi oleh Lee Young Shin dan Jang Hyuk.Best juga drama ni tapi aku baru je layan sampai episod 4. Ceritanya simple tapi sarat dengan emosi dan pengajaran...seorang ibu muda yang terpaksa berkorban demi seorang anak dan seorang datuk yang telah nyanyuk. Bila bercakap pasal cerita ni dan tajuknya Thank You aku rasa perkataan ini sangat bermakna sekali..selalunya kita akan mengucapkan Thank You kepada seseorang yang banyak berjasa dan membantu kita dalam hidup ini..tetapi kekadang kita akan rasa berat untuk mengucapakan Thank You untuk orang yang rapat dengan kita sebab rasa kekok dan segan..ye la nanti member perli plak..buat tabiat ke mamat nie....tetapi pernahkan kita terfikir perkataan ini sebenarnya memberi kita erti betapa kita menghargai seseorang itu dalam hidupnya....jadi rajin-rajinla ucapkan terima kasih dekat member, family,bos dan sesiapa sahaja...mana tahu nanti kita akan mendapat ganjaran yang berlimpah rahmat daripada Allah SWT....

No comments: