Wednesday, May 27, 2009

Segmen Baca-baca lagi....

Ok, segmen baca-baca kali ini lain skit sebab bukan lagi novel-novel vampire..namun cirri-ciri kehantuan ala-ala Casper tetap terselit dalam setiap novel –novel berikut. Bagi pendapat aku kalau nak novel cintan-cantun..betterla baca novel-novel penulis tanah air, sebab ayat-ayat puitis diorang bias mencairkan kita yang membacanya..namun kalau nak novel-novel fiction, hantu, fantasy…better english..sebab gambaran dan perwatakan jalan cerita lebih clear dan mudah dibaca…senang kata..tak adala ayat bunga-bunga..yela kalau baca novel hantu ayat cintan..mesti pelikkan..contohnya:
“wanita yang lemah gemalai itu menjelma menjadi serigala. Gigi taringnya yang bersinar-sinar seperti emas bersalut intan permata. Matanya merah ibarat biji saga yang kepanasan. Bengis wajahnya tak dapat ditandingi walaupun oleh pelakon Batman” peningkan skit..dah tak jadi suspens dah sebaliknya kita akan terpikir…..emas bersalut intan?...mata merah ibarat biji saga?...so conclusionnya tak sesuai..but kalau melankolik nyer novel….yes …tak dinafikan memang best…….


Okla, novel pertama berbentuk penyiasatan misteri…..ala-ala detective Conan( nak juga selit…….). Bertajuk “ Bad Things” karya Micheal Marshall yang release awal tahun lalu.Sebelum ini, novel lain yang turut famous adalah “The Straw Men” dan juga “The Intruders”….taktaula best ke tak kedua-dua novel ini…ada pernah nampak The Intruders kat MPH tapi bukan dekat bestsellernya cornerla….so ignore ajela…..ok berbalik kepada novel terlatest beliau Bad Things…….kisah berlatarkan kehidupan John Henderson bersama anaknya yang comel Scott Emulsion oppppppppss Scott Hendersonla…kekekeke yang tenang lagi damai lagi makmur di kawasan pelabuhan Black Ridge, Washington. Namun satu hari, anaknya yang comel itu tetiba je hilang ketika bermain-main dekat jetty pelabuhan tersebut.So kehidupan John punah dan moral down.So untuk menghilangkan rasa sedih dia pun pindah ke kawasan lain. Namun selepas 3 tahun anaknya muncul semula dalam keadaan yang baik, dan seolah-olah anaknya itu sentiasa berada dekat dia..dia pun pening….namun dia tetap gembira….namun pada suatu hari dia menerima satu email drpd seorang stranger nie yang inform bahawa dia tau kes kehilangan anaknya…so tetiba je John rasa sangsi dan musykil mungkin ada sesuatu yang tak kena…so untuk menyiasat semula kes ini…dia kembali semula ke Black Rigde untuk membongkar semula misteri tersebut..tapi ibarat kata orang sarang tebuan jangan dijolok..nanti padah terimanya..itula yang terjadi, kelancangan John telah mengganggu ketenteraman Black Ridge dan apabila misteri mula dibongkar..sejarah silap pastinya akan kembali menuntu haknya…….ibarat kata penulis buku ini

Bad things don't just happen to other people—they're waiting around the corner for you too. And when they start to make their way in through the cracks in your life, you won't know until it's far too late”


Novel kedua pula ala-ala mistik skit, novel bertajuk “The Map of Moments” karya Christopher Golden dan Tim Lebbon….taktaula macam mana diorang bleh combine buat novel ni……. Novel ini berkisarkan tentang cinta terlarang seorang professor bernama Dr.Max Corbett dengan studentnya yang berusia 19 tahun bernama Gabrielle. Namun mungkin kerana dugaan dan tekanan hubungan terlarang Gabrielle mengambil keputusan memutuskan hubungan mereka. Max apalagi frustla menonggeng , lalu bawa diri ke kampong halaman dia di Boston.Namun tradegy telah menimpa kawasan New Orleans, di mana kawasan tersebut musnah akibat Katrina Kaif……..oppppppppps bukan pelakon hindustanla…hahahaha..tapi taufan Katrinala…….so x-aweks dia mati..so dia menerima berita sedih tersebut dan bercadang untuk mengziarahi funeral x-aweksnya buat kali terakhir…namun dalam keadaan duka itu tetiba dia terjumpa satu peta peringatan dan tetiba muncul gris-gris man ( orang kita panggil bomoh la kut) yang member peluang kepada Max untuk kembali ke masa silap untuk membetulkan keadaan sekali gus menyelamatkan aweks dia tu….dengan keadaan tak bersedia dia menerima tawran tersebut tanpa memikirkan apa pula balasan yang harus ditukar ganti…namun peluang untuk kembali ke masa silam bukan semata-mata unutk menyelamatkan x-aweks dia je malah adalah untuk menyelamatkan semua penduduk New Orlean daripada bencana tersebut…adakan Max mampu dan mengapakan dia diberi peluang tersebut????Untuk mengetahui lebih lanjut panjang-panjangkan langkah anda ke kedai-kedai buku berdekatan ye….hehehehe


Ok novel ketiga plak…alamak kata tak nak citer vampire tapi tak blehla ….hahahaha kena juga citer la nampak gayanya….Ok citer ni sangat panas sampai hangit ditayangkan dekat HBO apalagi kalau bukan TrueBlood namun kalau siri dalam novel dikenali sebagai “ Southern Vampire Mysteries” hasil karya Charlaine Harris…buku ni ada 9 siri……..banyaknya…ini bermakna kalau penerbit Trueblood rajin ada 9 seasonla drama ni…kalau diorang rajinla…apapun tak maula komen lebih2 novel ni...sebab dah bagi tau tak nak citer pasal vampire….hahaha…tapi cuba compare kat bawah berbezakan….cover drama nampak macam best tapi novelnyer macam kanak-kanak Cikgu Rubina je..kannnn….

Monday, May 25, 2009

Midnight Sun: twilight saga

Memandangkan ramai gak bertanyakan dekat aku pasal midnight sun.....so kat sini korang bleh terus mendolod kat official website stephenie meyer....penulis ni ada cakap yang sekarang ni dia nak relaks jap from menulih..dia tak nak terburu-buru continue twilight saga..takut nanti ending hampeh.....kalau korang perasan ending dalam breaking down berakhir di rumah hadiah mak edward kat diorang kan...so apa pun stephenie ada kita baca free pasal perspektif cullens tentang bella dan jacob....kesudahan lanjut kenala baca sebab aku pun tak baca lagi..hehehe


http://www.stepheniemeyer.com/midnightsun.html

Ni la dia penulih twilight saga kena gak masuk gambar dia...yela sebab dah bagi percuma tulisan dia kat kita.....

Menggamit Memori....

Entry kali ini adalah menggamit memori..memandangkan tak banyak cerita best2 untuk dipreviewkan ditambah plak dengan kemalasan tahap gaban…macam biasa bos gi khusus so kerja bertimbun2la .Namun aku perlu juga mengupdatekan blog aku…..yela ni kan salah satu hobi..kekeke..Ok kenapa plak aku cakap menggamit memori…..sebab citer kali ini berbeza abad, dekad dan juga generasi……JDORAMA yang penuh nostalgia…ingat nak interview mak aku tanya citer ni tapi…..nanti mak aku cakap ko kerja apa nak jadi wartawan ke? Kekekeke so tak blehla terpaksala mencari dalam ternet ni..malasnyer nak cari sebab citer lama ni….ooppppppppssss tak sebut pun lagi tajuknyer..ok citer dua generasi yang aku maksudkan adala citer Moero Attack dan juga Attack No. 1.. kedua2 drama ni mengisahkan tentang pemain-pemain wanita pasukan bola tampar yang gigih berusaha untuk kejayaan pasukan Jepun....bezanya Moero Attack adalah tentang perjuangan pasukan mereka untuk ke Sukan Olimpik time tu manakala Attack No. 1 plak untuk wakil Jepun ke kejohanan ramaja dunia.....aku memang ske drama ni..namun kalau ditanya pada masayarakat.mungkin diorang tak tahu..lagi pun tak ada tayang kat TV..tapi kalau tanya orang2 lama dalam usia 30 ke 40-an mesti diorang tahu citer moero attack..bah kan mak aku juga pernah ceritakan time drama ni tayang pada waktu petang...semua orang duduk depan TV je..malah dekat sekolah kelab2 bola tampar menjadi sangat popular..tapi hangit-hangit tahi ayam je la....cam biasala.....tapi yang best tu....citer ni memang sangat famous dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan..malah serata asia pun juga tayang dama ni malah drama ni menjadi inspirasi pasukan bola tampar wanita China memenangi Kejohanan dunia pada tahun 1980.Wowwwwww penangan yang sangat hebat...so aku juga berharap agar dapat tengok citer ni...bagi aku cerita Attack no 1 pun best juga....tapi tula nak kena tengok moero attack then baru bleh compare...time ditayangkan kat Malaysia sekitar tahun 1988...aku muda setahun drpd Shin Chan iaitu baru 4 tahun dan kakak aku plak darjah 3.....rasanya my big sister tahu kut citer ni.....apa pun cerita-cerita sebegini memang bersemangat untuk ditengok..ini adalah kelebihan Jepun yang masih tak dapat kita tandingi lagi..pembawakan cerita bermessage yang menguja sesiapa yang menontonnya...apa pun mari kita lihat perbandingan secara ringkas seperti di bawah



Tengok cover drama dan tunjang pelakon Utama....memang menggamit memori silap walaupun time ni aku entah pape entah tak tahu apa-apa pun lagi

Synopsis ringkas Moero Attack:

Cerita ni mengisahkan perjalanan hidup seorang gadis bernama Chun yang mengejar impiannya menjadi pemain bola tampar dan dugaan dan cabaran sebelum mereka sepasukan mencapai kejayaan. Pelaon utama adalah Yumiko Araki, Junko Mihara dan Tadashi Sato...semua ni dan veteran dah...kalau muncul pun jadi okasan atau nenek2 je..hihihi..scene yang best citer ni( menurut mak aku la) kepakaran chun-chan melakukan spike yang dikenali sebagai “summersault Berpusing” gila ganasnyer spike macam nak buat terjun je...bila tiba je saat2 genting so chun akan melompat tinggi, pastu buat skit style gimnastik, berpusing sebelum membuat hantaran spike...so ternganga dan terlopong mulut pihak lawan sampai lupa nak tepis spike tu......inilah keistimewaan drama ni dan menjadi kegemaran ramai



Ni plak Ueto Aya dan cover drama..macam leh kurang sama ja...kan

Synopsis Attack No. 1

Drama ni plak mengisahkan Ayuhara Kazue( Ueto Aya) yang tak terrer pun main bola tampar tetiba terpilih ke kem pemain terbaik daerah dan ini mengisihkan kawan baiknya yang terrer iaitu Hayakawa Midori.Kawan dia ni kecil hati dan tukaq sekolah..so beban bertambah apabila kazue dilantik jadi kapten untuk membimbing pasukannya ke peringkat daerah. Masa dalam kem daerah dia selalu dibuli dan dimarahi jurulatih sampai kecewa…part ni memang sedih time kawan dia diseret keluar kem sebab buat kesalahan…pastu time bila kakinya problem dan memerlukan pembedahan padahal time ni dia alah spiker terpenting pasukannya…..teknik Kazue plak bila dia membuat spike..bola tersebut akan menjunam hantarannya dan bergerak bergetar ke kiri dan ke kanan menyebabkan pihak lawan tak bleh nak buangla smash bola ni…….dasyat….tapi tak sedasyat pusingan summersault dalam Moero Attack rasanya…apa pun cerita ni memang best..kisah dimana teman lelakinya mati accident time on da way nak saksikan perlawanannya menentang kawan karib dia sendiri….so 10/10 la untk citer ni….



So,. ni dia video clip lagu kedua-dua drama ni....susahla nak cari lagu Moero Attack ni....apa pun layan.......

Sunday, May 24, 2009

template baru.....

Nampaknya template jeans aku dah lusuh dah..so terpaksala tukaq yang baru...memandangkan aku ni maleh skit nak mengedit blog selalu..bukan pe kekadang tu tak sempat....so aku pilih templete yang mudah, ringan tetapi cantik...cantik ke?????????? tak kisahla..janji senang orang nak jengok ye...so hopefully dengan kewujudan segmen baru jom sembang aku nanti memudahkan disscussion kita....apa pun......selamat malam..ngantuk dah...dari tadi duk hadap laptop ni je......

Monday, May 18, 2009

Lagu Best Untuk dilayan

Malam ni aku malas nak kuar makan..diet ke nakamura...entahla tak lapar plak..pelik gak..padahal aku pose sunat hari nie....mungkin ruang perut aku kecut ke..kekekeke..hahaha...takderla..takper nanti kalau lapar aku buka je Maggi asam laksa.....hahaha..sebenarnya aku tengah buat research skit2..preparetion untuk proposal master aku...Alhamdulillah permohonan Master aku dah berjaya..20 Jun nanti kembalila aku sebagai pelajar..tapi part time student je..dalam duk bosan2 buka website ni..sempat gak aku chat dengan member aku yang sama aku gak tpi dia amik master pendidikan vokasional...aku je still lagi keengineering ..aku amik Master science In Electrical engineering..konon2 nak jadi specialist la ni..jangan ko perasan Nakamura oiiiiii..daftar pun belum lagi..jap2 aku chat plak dengan adik aku yang berada di lumut.....hahaha.....seronok gak kacau member2 aku..tup2 aku chat plak dengan senior sekolah aku yang kini bekerja di Kobe..Jepun...bila nak balik senpai...tak ingat Malaysia dah ke...tak kan dah sangkut dengan amoi Jepun kut...dengan officemate senpai ala2 Ayase haruka, memang berdarah hidung....hahahaha...pastu muncul plak email susruh cek blog member aku...si Anis ni...dia pun amik master gak...tapi dia amik kat UNSW kat Australia...pelik skit blog dia ni sejiwang karat sangat..nape ni Anis dah lama tak kena Nasi Lemak section 7 ke....takpe berapa bulan je lagi.....nanti balik kita gi makang kat sane ye.....hahaha..rindu plak member2 lama kat UitM shah Alam ni...housmates aku yang best2....la bila aku nak tulih thesis ni....ni yang malas ni bila menternet...nak buat benda lain..jadi benda lain....Nakamura mu kena fokus kkkk...ok tup2 nak plak layan lagu japang baru yang dikirim oleh senpai aku ni..ok senpai nanti kita chat lagi......so apa kate kita dengar sama2 ye....ni dia lagu daripada Utada Hikaru..Come Back to me..best lagu ni..lagu kedua plak drpd FT Island..bertajuk Bad Woman...kalau korang perasan perempuan dlam video clip ni adalah pelakon rookies dalam drama world withins......so blehla layan...macam entry aku kali ni..lagu best untuk dilayan...entry paling bosan penah aku buat...Nakamura mana thesis mu...errrrrrrrrrh takper arrrrr buat esok je la...malas dah ni .......biasala tu Nakamura....take a break...layan lagu dulu...






Revolusi Terminator

Sejak akhir-akhir nie……kerja macam banyak plak dan aku pun rasa letih sangat….hahaha…rasa macam memerlukan tidur yang cukupla……aku pun tak bleh tidur nyenyak..asyik2 terjaga je….pastu pagi2 datang office menguap je la kerjanya…namun bila orang cakap ..eh filem terminator nak kuar hujung bulan nie…terus segar bugar balik…hahaha…one of my favorite filem….aku kumpul gak koleksi Terminator 1, Terminator 2, Terminator 3 dan coming soon Terminator 4. Semuanya best2 belaka. Antara koleksi lain yang aku ada….Trilogy The Lord of Rings..baru2 ni juga dekat daily Motion ada citer online The Hunt of the Gollum..bleh gak tengok kat situ…kalau nak tahu kisah lanjut tentang Gollum la..….berbalik kita pada discussion Terminator ni….citer ni adalah zaman kegemilangan Anorld masa tu la…Cuma dalam latest ni.. new generation Hero plak yang ada iaitu Christian Bale…namun aku tak tengok lagi……adakah filem terminator Salvation ni dapat mengembalikan kegemilangan Terminator 1, 2 dan 3..sama-sama kita tunggu 28 May nanti ye……………kaki Wayang Nakamura….kekekeke



Terminator 1 release pada 1984....time ni mungkin aku baru lahir atau tak lagi...tak ingatla...kekeke...


Terminator 2 plak kuar pada 1991 time aku darjah satu...tak kenal lagi pun citer ni.......


Terminator 3 plak pada 2003..time ni aku berusia 19 tahun dan baru menjejak kaki ke Universiti

Terminator 4 plak...wah tahun 2009..aku dah kerja 2 tahun dah.....perrghhh memang penuh revolusi kan..malah hero pun dah bertukar orang ...Anorld pun dah jagi Gabenor Carlifornia....apa pun citer ni memang best....just firasat aku........takper next entry kita discuss pasal filem ni lebih detail lagi ye


Friday, May 15, 2009

Selamat hari Guru.....Happy Teacher's Day

Cikgu-cikgu ni Nakamura nak wish Selamat hari Guru kat semua cikgu-cikgu kat serata Malaysia ni...terutama Cikgu sek. Keb. Lunas Jaya, Sek Men Sultan Badlishah, Sek Men Sains Sultan Muhammad Jiwa dan juga Kolej Mara Kulim.

Dari Kanan : Cikgu Sulaiman ngajar Math aku form 3...garang macam singerrrrrrr, Cikgu Che Ani..tersangat baik hati dan tak kisah kalau kami gi sembahyang 1 jam punnnnn, Cikgu Ku Nasrina..guru kelas aku masa 4sc1 and 5sc1..taks coz tolong saya dapat tertinggi BM hehehe..rahsia ye cikgu, Puan Wu...cikgu math masa aku darjah 4,5,dan 6...sangat best mengajar math..malah adik2 saya pun turut score A for math..
Atas dr Kanan...Ustaz Ismail....ngajar Agama yang sempoi..selalu bagi nasihat mengalahkan lecture class, cikgu India ni mewakili wife dia cikgu Sumathi...cikgu English masa form 3...seronok sangat dia ngajar English...pastu cikgu Samsudin..ngajar Kimia masa form 4....ambe tak terror kimia..soweyyyyyy cikgu...ni tak kenal plakkkkkk kekeke...lastly cikgu Jo...mengajar sejarah dan merangkap cikgu disiplin aku....seronok kan cikgu masa kita buat sport check kuku n rambut panjang..tup tup cikgu nyer kuku pun ada panjang terkantoi plakkkk.....

Semoga semua cikgu2 terus memberikan khidmat yang cemerlang kepada anak bangsa...kepada cikgu2 yang aktif berblogger..blogger2 juga ye..make sure ngajar tetap number one....kkkk...kekeke

Sunday, May 10, 2009

Gokusen 3 Graduation Special 2009 dan kuarla

Semalam macam biasa bila takde kerja hari sabtu..aku kuarla makan angin..kuar makan asap je....yela makan asap keretala...hahaha...cam biasa bila aku kuar tempat wajib aku g mestila kedai jual DVD......so dalam aku membelek2 apa terbaru..terus Miss tu promote aku DVD Boys Before Flowers...rasa cam malas nak beli..tapi sebab ayat dia manis macam gula melaka...aku terusla membeli...tup..tup aku terpandang plak Gokusen 3 SP 2009 pun ada...Love Shuffle pun ada...alamak....sekali gus 3 DVD aku borong ....tapi takpe la dah hobi aku kumpul DVD citer korea n Japan ni.....



Semua ni Origin ye...hahaha..harga memang murahla DVD BFF yang aku beli RM32.00 je....pastu Love Shuffle RM29.90 manakala Gokusen 3 SP 2009....RM12.90..ni harga special sebab aku pelanggan tetap Speedy ni...so entahla sempat ke aku menghabiskan semua citer ni.....Gokusen aku baru je abis tengok dan terus je aku nak update blog ni..hehehe..citer cam biasala....nak kata best sangat taklerrr..tapi walaupun jalan citer dah tahu...aku ske gak tengok..Yankumi Sensei...ni kira penamat siri Gokusenla....nanti dah takder dah Gokusen 4......





Ni Plak DVD yang aku telah Borong pada Bulan Mac dan April yang lalu.......time ni harga DVD Beethoven Virus mahal skit...RM 39.90 dan World Withins plak RM35.00 DVD jepun standardla RM29.90....citer Akai Ito dan Voice best...World Within cam bosan skitla....happy Endingla...manakala Beethoven Virus ok juga citer lain drpd yang lain..cuma ending macam tergantung skit.....apa pun.......korang nak tengok blehla mendolod tapi aku ske membeli...malas nak menunggu berjam-jam mendolod..jenis tak sabar aku ni....hahaha

Friday, May 8, 2009

Selamat Hari Ibu




Selamat Hari Ibu pada 10 May 2009 nanti..............



Okasannnnnnnnnn...aishiteruuuuuuuuuuuuuuuuuuu!!!!!!!!!!!!!!!!
Kasihnya ibu
Membawa ke syurga
Kasihnya saudara
Masa berada
Berkorban raga
Rela binasa
Berkorban nyawa
Tanda kasihnya
Kasihnya ayah
Sanggupkah berpisah
Dan kasih anaknya
Berkorban nyawa
Biar pun jiwa
Akan tersiksa
Ikhlas dan rela
Asal kau bahagia