Ok, segmen baca-baca kali ini lain skit sebab bukan lagi novel-novel vampire..namun cirri-ciri kehantuan ala-ala Casper tetap terselit dalam setiap novel –novel berikut. Bagi pendapat aku kalau nak novel cintan-cantun..betterla baca novel-novel penulis tanah air, sebab ayat-ayat puitis diorang bias mencairkan kita yang membacanya..namun kalau nak novel-novel fiction, hantu, fantasy…better english..sebab gambaran dan perwatakan jalan cerita lebih clear dan mudah dibaca…senang kata..tak adala ayat bunga-bunga..yela kalau baca novel hantu ayat cintan..mesti pelikkan..contohnya:
“wanita yang lemah gemalai itu menjelma menjadi serigala. Gigi taringnya yang bersinar-sinar seperti emas bersalut intan permata. Matanya merah ibarat biji saga yang kepanasan. Bengis wajahnya tak dapat ditandingi walaupun oleh pelakon Batman” peningkan skit..dah tak jadi suspens dah sebaliknya kita akan terpikir…..emas bersalut intan?...mata merah ibarat biji saga?...so conclusionnya tak sesuai..but kalau melankolik nyer novel….yes …tak dinafikan memang best…….
Okla, novel pertama berbentuk penyiasatan misteri…..ala-ala detective Conan( nak juga selit…….). Bertajuk “ Bad Things” karya Micheal Marshall yang release awal tahun lalu.Sebelum ini, novel lain yang turut famous adalah “The Straw Men” dan juga “The Intruders”….taktaula best ke tak kedua-dua novel ini…ada pernah nampak The Intruders kat MPH tapi bukan dekat bestsellernya cornerla….so ignore ajela…..ok berbalik kepada novel terlatest beliau Bad Things…….kisah berlatarkan kehidupan John Henderson bersama anaknya yang comel Scott Emulsion oppppppppss Scott Hendersonla…kekekeke yang tenang lagi damai lagi makmur di kawasan pelabuhan Black Ridge, Washington. Namun satu hari, anaknya yang comel itu tetiba je hilang ketika bermain-main dekat jetty pelabuhan tersebut.So kehidupan John punah dan moral down.So untuk menghilangkan rasa sedih dia pun pindah ke kawasan lain. Namun selepas 3 tahun anaknya muncul semula dalam keadaan yang baik, dan seolah-olah anaknya itu sentiasa berada dekat dia..dia pun pening….namun dia tetap gembira….namun pada suatu hari dia menerima satu email drpd seorang stranger nie yang inform bahawa dia tau kes kehilangan anaknya…so tetiba je John rasa sangsi dan musykil mungkin ada sesuatu yang tak kena…so untuk menyiasat semula kes ini…dia kembali semula ke Black Rigde untuk membongkar semula misteri tersebut..tapi ibarat kata orang sarang tebuan jangan dijolok..nanti padah terimanya..itula yang terjadi, kelancangan John telah mengganggu ketenteraman Black Ridge dan apabila misteri mula dibongkar..sejarah silap pastinya akan kembali menuntu haknya…….ibarat kata penulis buku ini
“Bad things don't just happen to other people—they're waiting around the corner for you too. And when they start to make their way in through the cracks in your life, you won't know until it's far too late”
Novel kedua pula ala-ala mistik skit, novel bertajuk “The Map of Moments” karya Christopher Golden dan Tim Lebbon….taktaula macam mana diorang bleh combine buat novel ni……. Novel ini berkisarkan tentang cinta terlarang seorang professor bernama Dr.Max Corbett dengan studentnya yang berusia 19 tahun bernama Gabrielle. Namun mungkin kerana dugaan dan tekanan hubungan terlarang Gabrielle mengambil keputusan memutuskan hubungan mereka. Max apalagi frustla menonggeng , lalu bawa diri ke kampong halaman dia di Boston.Namun tradegy telah menimpa kawasan New Orleans, di mana kawasan tersebut musnah akibat Katrina Kaif……..oppppppppps bukan pelakon hindustanla…hahahaha..tapi taufan Katrinala…….so x-aweks dia mati..so dia menerima berita sedih tersebut dan bercadang untuk mengziarahi funeral x-aweksnya buat kali terakhir…namun dalam keadaan duka itu tetiba dia terjumpa satu peta peringatan dan tetiba muncul gris-gris man ( orang kita panggil bomoh la kut) yang member peluang kepada Max untuk kembali ke masa silap untuk membetulkan keadaan sekali gus menyelamatkan aweks dia tu….dengan keadaan tak bersedia dia menerima tawran tersebut tanpa memikirkan apa pula balasan yang harus ditukar ganti…namun peluang untuk kembali ke masa silam bukan semata-mata unutk menyelamatkan x-aweks dia je malah adalah untuk menyelamatkan semua penduduk New Orlean daripada bencana tersebut…adakan Max mampu dan mengapakan dia diberi peluang tersebut????Untuk mengetahui lebih lanjut panjang-panjangkan langkah anda ke kedai-kedai buku berdekatan ye….hehehehe
Ok novel ketiga plak…alamak kata tak nak citer vampire tapi tak blehla ….hahahaha kena juga citer la nampak gayanya….Ok citer ni sangat panas sampai hangit ditayangkan dekat HBO apalagi kalau bukan TrueBlood namun kalau siri dalam novel dikenali sebagai “ Southern Vampire Mysteries” hasil karya Charlaine Harris…buku ni ada 9 siri……..banyaknya…ini bermakna kalau penerbit Trueblood rajin ada 9 seasonla drama ni…kalau diorang rajinla…apapun tak maula komen lebih2 novel ni...sebab dah bagi tau tak nak citer pasal vampire….hahaha…tapi cuba compare kat bawah berbezakan….cover drama nampak macam best tapi novelnyer macam kanak-kanak Cikgu Rubina je..kannnn….
No comments:
Post a Comment