Monday, April 6, 2009

Review: Three Leaf Clover Vs Honey and Clover

Three Leaf Clover dan kupasannya dalam versi drama................................



Drama ni dah lama dah ..if I not mistaken 2005 dan pernah ditayangkan dekat TV2 pertengahan 2007.Drama ni memang sangat menarik dan penuh emosi…..memandangkan skrng TV8 tayang citer Honey and Clover…so meaning of the theme of the drama still the same ,perhaps the chronicle of the flow of the story mungkin tak sama. Bagi yang dah tengok citer ni mungkin mengharapkan yang lebih baik dalam Honey and Clover……tapi bagi aku yang dah tengok kedua-dua drama ni….lakonan mantap Lee Hyo Ri dalam Three leaf Clover memang tak dapat nak dipertikaikan ..dalam Honey and Clover tujang utama plak didokong oleh pelakon baru yang ..walaupun ada scene yang agak kaku, pujian harus diberikan untuk beliau sewaktu scene dalam hospital…watak tangan yang tercedera akibat serpihan kaca, aku ske character beliau yang cuba menanam azam untuk melukis semula dengan melukis peta negara Jepun…that was really wonderful ……ske tengok lukisan-lukisan yang cantik2 dalam drama ni……seni arca dan juga kemahiran membuat tembikar…….
Dalam Korean drama plak plotnya agak berat ..menyaksikan perjuangan Gina (lee hyu Ri)....dalam kehidupannya bersama abangnya yang kerek dan tak bleh diharap..menghabiskan bores aje….pastu nenek kesayangannya yang akhirnya mati dilanggar oleh seseorang..dan seseorang ini jugala yang akan mencipta kisah baru percintaan yang penuh dengan halangan, air mata, semangat kekentalan,prejudis, dendam,kecewa, makan hati berulam jantung , dan pertalian sahabat yang lebih akhrab berbanding pertalian cinta…wow….memang best..tapi mungkin citer ni tak dipelopori oleh pelakon2 mantap..so walaupun citer best tapi ratingnya slow….
Berbalik kepada citer Honey and Clover plak….plot yang dimulakan dengan pendaftaran pelajar baru Hanamoto Hagumi yang mengambil jurusan seni lukis di university kesenian Tokyo….so citer pun dplotkan bila Narimiya yang merupakan extend student jurusan arca jatuh cinta dekat Hagumi..pada masa yang sama Yuta pun ske jugala dekat Hagumi..sampaila satu tahap Hagumi tercedera dan putus asa bila tak bleh melukis balik..kat sini kemuncak cerita dikembangkan dengan timbulnya bibit –bibit cinta Yuta dan Hagumi sehingga akhirnya membawa kepada maksud sebenar 4 leaf Clover yang diletakkan dalam sandwich buat Yuta…citer ni agak meleret-leret tapi best….sebab tu kalau tengok episode 1 , nak tengok episode 2, dan seterusnya….tapi bagi aku kedua-duanya best…….dan aku beli kedua-dua DVD..Cuma yang bezanya yang Honey and Clover Original, yang Three Leaf Clover tu pirates nyerr…ori mahal beb ..mau RM100 lebih….masa tu susah gak nak cari citer tak macam sekrang…malah sekrang harga serendah RM 29 pun ada..tapi version English..kualiti pun bagus..malah DVD Beethoven Virus aku beli hanya RM 37 dan World Within RM32 je….so beli je original…..sebab citer best untuk dibuat koleksi…..


Comparison yang bagi aku win win situationla :









Preview frontpage untuk Honey and Clover dan juga Three Leaf Clover





Ni plak watak heroin oleh Narumi Riko sebagai Hanamoto Hagumi dan Lee Hyo Ri sebagai Kang Jina......mana cantik n mana yang berkenan..hehehehe




Ni plak watak hero oleh Toma Ikuta sebagai Takemoto Yuta dan Ryu Jin sebagai Ryu Se Hyung....

Ni plak watak hero no 2 yang berebut-rebut nak heroin oleh Narimiya Hiroki sebagai Morita Shinoba dan Kim Kang Woo sebagai Yoon Sung Woo




Ni plak watak heroin no 2 dalam citer ni cuma yang beza Harada Natsuki sebagai Yamada Ayumi tak ske kat hero no 1 dan hero no 2 tapi ske kat member hero-hero plak..manakala Kim Jung Hwa sebagai Park Yeon Hee terpaksa memikat semula boyfrenz dia yang dah ske kat heroin no 1.....




Ni plak Mukai Osamu sebagai Mayama Takumi yang disukai oleh Ayumi tak mamat ni ske plak kat senior dia...pening gak tengok citer ni..hehehehe


Terlupa plak ada version Taiwan..tapi aku tak tengok..sebab nampak macam kureng je….mungkin kita bleh lihat komentar tentang version drpd Taiwan plak nanti…..

3 comments:

HuRuL_Aini said...

salam...
honey & clover lebih kurang ngan 3 leaf clover ke?...hehe
aku pernah tengok 3 leaf clover....mmg best...jarang aku suka dengan jalan crita drama korea, tp yg ni mmg one of my fav...cuma yg x best ari tu aku dpt copy kuality x brapa la....& ada missing episode...tp ttp juga suka...hehe....
2,3 episod terakhir tu aku makin rasa familiar dgn drama tu...bila last episod baru aku prasan aku penah tengok last episod dia kat tv...haha
yg honey&clover tu aku ingat kisah pasal adik beradik kan...yg anime punya la...dulu aku slalu baca review org kata mcm x best...tp skarang ni mcm makin hot balik drama tu sejak ditayang kat 8tv...huhu, aku x tengok lagi...nanti la aku dwld...ekeke
p/s:sorie terpanjang pulak komen...hehehe

ashie023 said...

Lee Hyo Ri???bukan ke bekas ahli kumpulan Fin KL?

wargh..Toma Ikuta..wargh..rindunye kat Toma...kekeke

Nakamura Kazuki said...

to hurul aini...dulu aku tengok gak kat anime astro..tapi cita lain skit...yang best adalah drama..ske watak2 dalam citer ni..direkomenkan untuk menonton....

To ashie..rase rase nyer la K-pop girl Fin.K.L..kalau ingat dalam drama On air ..dia ada gak..tapi skit je watak dia...