Thursday, December 3, 2009

Siri Nostalgia part 1 : Memory Of Bali

Malam ni ambe akan mengembalikan nostalgia Kdrama dan Jdorama yang bertaraf 5 bintang untuk dipreview semula..kome sumerrr bleh komen dan kasilah bintang yang patut for each of drama yang kome sudah tengok.....walaupun kebanjiran dan kefanatikan drama Kdrama bermula dengan kehadiran drama Winter Sonata dan drama Jepun Maero Attack...namun ambe mula berasa feeling layan drama2 ni masa tengok citer Memory of Bali serta drama Jepun GTO....so malam ni ambe akan memulakan Siri Nostalgia part 1..


.Siri 1 adalah Kdrama : MEMORY OF BALI...ambe mulakan dengan drama yang penuh dengan air mata dan ditambah plak kesayuan OST drama ni..perghhhhhhhhh...drama yang endingnya membuatkan ambe sefamily menyirapppppppppp( Ending drama dilayan bersama2 family dekat 8TV..masa ambe cuti semester part 4..kalau tak silap ambe sekitar end of 2005)..namun drama ni juga menyebabkan ambe terus layan dan tak hirau esok nak final exam paper Numerical Analysis serta Control System 2...dan menyebabkan ambe hanya dapat result yang sederhana dan terlepas anugerah Dekan..huhuhu...hahaha..penangan drama ni sungguh hebat sekali...kome sumerrrr ske ke tak drama ni....
Drama ni yang mengangkat tema seorang pemandu pelancong lakonan mantap Ha Ji Won ( paling ske watak dia dalam filem daddy long legs), Jo In Sung serta  seorang So Ji Sub ( Rough Cut...filem lawak scary musti tonton )..drama penuh kesedihan dan deraian air mata..namun ambe tak nafikan jalan citer drama ni sangat menarik dan bisa membuatkan kome yang layan tak bisa bangun sehinggala episode yang seterusanya...lakonan Ha Ji Won juga sangat bagus malah sikap keras kepala In Sung serta muka selamberland Ji Sub menampakkan drama ni menjadi top siri dekat Korea time tu..sekitar tahun 2004..malah OSTnya didonlod secara haram oleh seluruh pelusok donia termasukla ambe sendiri..hehehehe. Drama ini bertemakan cinta, kekayaan, serta dendam..perghhhhhhhh plot drama dimulakan apabila si awek bernama Jo Young yang tak tahan akan sikap In Sung yang ske berfoya-foya telah membawa dirinya ke Bali untuk mencari ketenangan..namun tanpa disedari dia telah bertemu dengan kekasih lama yang sangat dicintainya iaitu Ji Sub....namun masa jaman daigaku dulu Jo Young fikir hanya kekayaan yang bleh membawa kebahagian..so dengan penuh kejam dia meninggalkan Ji Sub yang pada masa itu sangat setia pada cinta mereka..si Ji Sub ni plak memangla frust menonggeng dan berazam akan berusaha bersungguh untuk berjaya dalam hidup dan sekaligus menuntut dendam atas tindakan Jo Young tersebut....namun di Bali lain cerita plak jadinya...di sinila terungkapnya bibit cinta tiga segi.....pada masa yang sama In Sung yang sedar akan kesilapannya pergi mencari si Jo Young di Bali, tanpa mereka sedari kereta yang mereka naiki itu turut sama dinaiki oleh seorang pemandu pelancong lakonan Ha Ji Won ini..


.pada mulanya si Ji Won jatuh cinta pada Ji Sub dan menyangka dia ni seorang hartawan yang bisa mengubah hidupnya yang sering dilanda kesusahan dan hutang2 oleh keluarganya serta abangnya yang memang tak blhe blah...namun apabila diketahui bahawa Ji Sub seorang yang turut papa kedana ..terus dia korbankan cintanya dan beralih arah pada In Sung....In Sung yang kaya plak mengambil kesempatan untuk mengingat cinta kontrak dengan Ji Won semata-mata nak jelouskan tunangnya....namun biasala manusia yanh susah serta darjat rendah selalunya di hina dan maki hamun oleh orang yang  kaya....so si Ji Won sanggup dipukul dan dimaki hamun oleh keluarga In Sung semata-mata kerana memerlukan wang untuk mengubah nasibnya..( korang tengok part Ji Won di Hina dan diseret keluar daripada butik barangan antik ..bisa buat korang menitiskan air mata..perghhhhhh memang sedih siotttttttttt)..namun si In Sung yang mulanya hanya ske2 akhirnya telah jatuh cinta pada Ji Won..namun pada masa yang sama dia juga dipaksa oleh parentnya menerima tunangnya juga..si tunangnya Jo young plak memulakan misinya menawan kembali hati Ji Sub yang kini semakin cemerlang dalam kerjayanya....namun akhirnya si Ji Sub tidak dapat melupakan akan si Ji Won dan kembali untuk menagih cintanya semula Ji Won pula semakin tertekan antara cinta kontrak kerana wang dengan In Sung..In sung pula sudah mula menyukai Ji Won dan cuba melupaka Jo Young..Jo Young pula ingin berbaik semula dengan Ji Sub namun demi statusnya dia sanggup korbankan cintanya demi kemewahan hidup..........


Ending citer ni sangat tragis...si Ji Sub akhirnya berjaya dalam misinya membalas dendam terhadap bekas kekasihnya iaitu Jo Young dengan manghancurkan syarikat tunangnya aka In Sung...so In Sung pula terus meninggalkan Jo Young dan sanggup mengalami kesusahan demi mengejar cinta Ji Won..Ji Won yang mula sedar akan kesetiaan Ji Sub kembali menerima cinta Ji Sub dan membawa kehancuran hatinya bersama Ji Sub ke Bali..nostalgia cinta mereka bermula..namun si In Sung yang tahu akan hal ini mengejar mereka sehingga ke Bali dan menembak Ji Sub serta Ji Won kerana ingin membalas dendam kecurangan Ji Won...namun kerana dalamnya cintanya pada Ji Won..akhirnya ditembaknya dirinya juga dan menjadikan first citer korea ketiga2 watak utama mati pada final episode...walaupun ambe menyirap ending yang sedihhhhh..namun jalan citernya memang superbbbbbb...syabas dan tahniah pada director serta pelakon2 drama ni.....

Ambe telah layan from Episode 1 hingga ke final episode 20..dan ambe memberi 5 Bintang buat drama ni....mungkinkan akan ada Memory of Bali 2....hahaha..tak mungkin sebab pelakon2nya juga sudah kira K.O.O.L....so apapun drama ni tetap nostalgia bagi ambe yang mula2 meminati siri Jdorama ini.....so nantikan preview drama meletup lain seperti My Girl, I am Sorry I Love You, Sad Sonata, My Lovely Sam Soon dan banyak lagi drama2 berciri 5 bintang...namun untuk siri Nostalgia 2 ambe akan previewkan siri super duper beshhhhhhhhh Great Teacher Onizuka G.T.O....satu lagi citer yang bersemangat dan penuh dengan nostalgia ke-sensei-an yang menyebabkan ambe terus jatuh cinta dengan siri Gokusen, Pride, Hero, Team Medical Dragon, Nobuta Wa Produce , Attention Please, Attack No.1 serta  Power Office Girl.

15 comments:

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

ni yg tak tahan bila letak gambar lelaki kacak ni~

myQza said...

senpai.. lom tdo ke??
keterujaan seperti dak zara melihat lelaki kacak!

HuRuL_AiNi said...

owh....ambe x pernah tengok drama ni rasanya...ke pernah ada kat tv...mcm byk je drama guna nama Bali ni...mcm ada sikit kat tv....sungguh kompliketed cerita ini....nanti ambe try usha...hehehe

Unknown said...

semua itu sungguh nostalgia<-ape nih>????
cite2 lama memang bestlah kalu layan time2 musim banjir nih...aahhaha-maaf, ini kes keterujaan...harap abaikan ..kekeke

OK ..GTO plak lepas nih ye?bagus...truskan..ramai plakon pujaan lam GTO...semua pujaan geng ottoke...(ambe rasalah)

Nakamura Kazuki said...

hahaha..zara..jalan citernya sangat complecated..tapi sungguh tragis endingnya

Nakamura Kazuki said...

sebelum tido post satu entry dulu tedi..sebab takut takde masa plak

Nakamura Kazuki said...

hurul memang pernah ditayangkan dekat 8TV masa tahun 2005 kalau tak silap ambe..sila terus usha

Nakamura Kazuki said...

ashie...ya sungguh nostalgia...walaupun stil di alaf millenium lagi..namun kalau compared dengan citer skarng pelakon2nya lebih kepada budak2 remaja..dulu2 citer korea hero and heroinnya sumerr mature..thats why takde sangat part comedy..namun citer ni walaupun sarat dengan tujahan air mata jalan citernya bagus...

Anonymous said...

oppa!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

so nostalgia okeh!!!
kita suke citer nih sgt2...tp kita bengang ngan ending...hahaha''

tp ntara ji sub ngn jo in sung....kita tetap suke watak ji sub...

waaaaaaaahhhhhhhhh so cool n macho okeh....xoxoxoxoxox

kakakakakaka...
masa ni jugak lah....kita berebut2 sanggup kuar bertenung mnunggu kat blek tv kat kolej nk dok dpan tgk cter nih...

sambil2 tu pilih ji won akan pilih sape....huakkakakakakak

dan aku sgt suke bile last skali die ikut ji sub hahahahahah

pdn muka jo in sung...

hahahahaha

waiem said...

Ambe dulu tgk cite ni sebab aoa ya? Lupa laa

Tengok DVD lanun, kualiti sab x bape bagus dan ending mcm cipan...ingat2 lupa lah...kekeke

Suka tengok Jo In Sung dengan bapak dia. Anak tinggi, bapak dia comey je. Duduk kat kusi opis anak dia kaki tak jejak lantai...hahahaha

CITY® said...

huwaaaaaaaaa
best best

white rose said...

salam senpai...ni laaa first drama korea yg plig ustzah suke sngt smpai laa...ringtone sms n col pun guna lagu2 dlm drama nih...haha...punya lee suke...lgu remember, mylove n memories...wah...syahdunye...bile rasa kecewa, sure dgr lagu2 ni bnyk kali...seakan2 memahami maksud disebalik kata2 dlm lagu nih...haish...ustzah tgk cite ni 3kali...TQ senpai wat privew cite nih...mengimbau kembali saat2 keduakaan percintaan...hahaha

hans said...

aku xpenah tgok habis pun citer nih

Cik Cookie said...

Cik Cookie masih cr cita katun MY NEIGHBOUR TOTORO

si kechik ati said...

yeahhhh!!! cter ni mmg bez....sye tgok cter ni dlu kt ntv7.. mmg dh lma gler laa masa skul rendah ag,,cter2 korea skrg pn bez gak!!!