Lama dah tak menulis komentar macam ni…asyik entertainment je.sekali sekala kita bersikap lebih serious skit…..lagi menariknya komentar ini berdasarkan isu terpenting dalam sejarah pendidikan kita,,perhhhhhhhh Nakamura sekarang bertukarrrrrrrr sebagai journalist ..ok mari kita berdiskusi untuk komentar ini
Pada 7 Julai 2009 yang lepas, menteri pelajaran terbaru kita Tan Sri Dato’ Mohyiddin Yassin mengumunkan bahawa PPMSI yang diamalkan sekarang akan dimansuhkan dan akan berkuatkuasa pada 2012..pagi tadi on da way dalam keta nak ke office aku ada dengar macam-macam pendapat masyarakat daripada golongan ibu bapa, cikgu serta pelajar sendiri tentang pemansuhan ini.Tajuk yang bagus untuk didiskusikan bersama..terima kasih Dj Zarita dan Dj Zamri daripada IKIM FM...banyak pendapat yang dapat aku dengar dalam masa 30 minit drive ..ada yang sokong dan ada pula yang tak setuju..majoritinya setujula…yang tidak setuju kebanyakkannya daripada golongan pendidik.Mungkin mereka ada rasional yang tersendiri untuk tidak bersetuju dengan pemansuhan ini..Setiap usulan atau resolusi pasti ada pro dan kontranya juga...mungkin dalam arena blog ni pun ramai juga golongan pendidik..amat dialu-alukan pendapat anda semua..diskusi akan bertambah hangat sampai hangit….hehehe( nakamura pls be serious !!!!).Pendapat aku pula sebagai warga masyarakat yang turut berasal daripada kawasan luar Bandar..agak bersetuju dengan pemansuhan ini..kenapa dan mengapa? Ini jawapannya…namun ada juga terselit kontranya juga..namun ibarat kata orang yang tak setuju lebih daripada setujula
pertama
Masyarakat di kawasan luar Bandar kurang terdedah kepada perkara yangv melibatkan perkembangan pendidikan….teman tapi mesra saya yang mengajar di Bintulu Sarawak..di sekolahnya tiada kemudahan internet..jika ingin berhubung memalui email terpaksa 3 ke 4 jam ke Bandar..bayangkan bagaimana golongan pendidik tersebut hendak mencari bahan atau material untuk diajar terutama dalam bahasa Inggeris tambahan pula teman saya bukanla seorang guru bahasa Inggeris.Mungkin guru ada banyak alternative yang lain, tetapi para pelajar yang sememangnya tinggal di kawasan pedalaman tersebut di mana mereka hendak mendapat tuisyen tambahan untuk memahirkan penggunaan bahasa Inggeris.sanggupkan guru tersebut memberi kelas percuma untuk memahirkan pelajar dalam penggunaan bahasa Inggeris??? Jawabla sekiranya anda tidak setuju
Kedua,
Setiap kali pelancaran bersifat pendidikan lebih kepada sekolah-sekolah yang sememangnya berada di Bandar..sekolah bestari pun di kawasan Bandar, guru berpengalaman pun selalunya berada di sekolah yang tip top. Manakala sekolah di kawasan pedalaman selalunya yang terakhir malah kadang kala, pihak sekolah sendiri perlu memanjat ke bahagian atasan untuk memohon sesuatu untuk pembelajaran sekolah.kadang kala terpaksa merayu simpati PIBG untuk memenuhi tuntutan pembelajaran,peristiwa ini ada juga kena mengena dengan kecemerlangan pelajar SPm tahun lepas yang mendapat 20A, baru ada pihak membuka mata memandang sekolah tersebut, sebelum ini nama-nama sekolah yang berada di dalam akhbar adalah sekolah2 yang sememangnya telah cemerlang maklumla nama pun MRSM , sekolah sains atau pun sains harian, memangla peratusan mereka maintain dan ramai yang score..tetapi sekolah yang tercorot dan sememangnya jauh di luar Bandar, tidak pernah dinyatakan dalam akhbar tentang prestasinya secara menyeluruh, jadi golongan pelajar ini terus dilanda kesuraman dan prestasi terus merudum, guru-guru pun pastinya tidak bersemangat apabila melihat keadaan pelajarnya yang sedemikian. Jadi mungkin keadaan dapat dirasai oleh tenaga pengajar di sekolah-sekolah pedalaman.Boleh anda kongsikan pengalaman anda
Ketiga
Sains dan matematik dalam bahasa inggeris dan bahasa melayu tidak sama. Bagi saya mungkin tiada masalah untuk menjawabnya namun bagi mereka yang agak lemah dalam bahasa inggeris mungkin pastinya akan bermasalah..kalau anda melihat kebelakang sewaktu zaman UPSR, ramai juga murid yang mendapat 3A 1B atau 3A 1C, selepas itu 4A 1B atau 4A 1C dan subjek B atau C itu sinonimla untuk subjek bahasa inggeris ataupun matematik, jadi di sini kita dapat melihat kemampuan pelajar untuk menguasai subjek ini adalah sederhana sahaja, sekiranya diajar pula subjek sains dan matematik dalam bahasa inggeris bertambah susahla mereka Inggeris tidak seberapa, subjek yang boleh discore pun akhirnya menjadi susah..mungkin sejak kebelakang ini ramai pelajar melayu mendapat 2A 3B, 2A 2B 1C, yang A hanyala BM sahaja, matematik yang dahulunya ramai dapat A sudah merosot ke B dan C dan pastinya D dan E lagi ramai..Jadi sebelum kita melaksanakan PPSMI pastikan pelajar kita betul2 mantap dahulu Sains dan matematik serta bahasa Inggerisnya. Barula perlaksanaan akan membuahkan hasil,
Keempat
Subjek bahasa Inggeris perlula dipelbagaikan cara pengajarannya, mungkin pihak bertanggujawab dapat menambah sukatan atau pun mewujudkan subjek bahasa Inggeris berbentuk praktikal . bukan semata-mata penumpuan terhadap menulis dan membaca sahaja tetapi perlu pemahaman yang lebih.Pelbagaikan cara dan teknik tersebut. Kebanyakkannya program kokurikulum berkaitan minggu bahasa inggeris selalu dipelopori oleh pelajar yang sememangnya dah mahir bahasa tersebut, pelajar yang kurang mahir akan berasa takut dan rendah diri dan cuba mengelak daripada menyertai aktiviti ini.Ini adalah satu masalah serious yang perlu ditangani dan diperhalusi. Mereka berasa sausah, payah dan malu sebab tidak mahir…di sini peranan guru amatla penting, ibu bapa pula mungkin tidak dapat membantu memupuk minat ini kerana mereka pun berkemungkinan besar tidak mahir akan subjek ini. Inilah masalah yang paling besar yang perlu kita selesaikan..andai masalah ini berjaya InsyaAllah ajarla subjek pendidikan Islam, sejarah, kajian tempatan atau apa subjek sekali pun dalam bahasa Inggeris pastinya tiada masalah.
Fikirkanla tentang anak bangsa kita sendiri dan renungkan apakah yang terbaik untuk kemajuan rakyat melayu kita ini. Tepukla dada tanyala minda..sekian
Daripada Nakamura
Panjangnya entry kali ini…hehehehe ( nak saing ngan Hurul ni..hehehehe)
10 comments:
secara dasarnya.. aku juga setuju ianya di mansuhkan!!! Aku faham perasaan budak2 kampung yg ambil periksa.
selalu mereka kata PPSMI berjaya. Cubalah buat spot check pada pelajar luar bandar. Bahasa melayu pun gagap, inikan pula bahasa inggeris.
Aku sokong bahasa inggeris. tp untuk memahirkan pelajar biarlah kena pada gayanya. kalau org bandar lidah tu dah x perlu nak di asah untuk bercakap.
aku rasa kementerian perlu turun ke ceruk2 kg utk lihat sendiri. jangan ambil analisis dr sekolah bandar sahaja.
bila dah di mansuhkan, walau bukan serta merta. itu satu permulaan yang baik.
kalau kat sekolah dah 24 jam asyik nak berbahasa inggeris kat mana pula bahasa ibunda kita terletak??
cuma apa yg perlu di lakukan sekarang fikir cara untuk meningkatkan pengajaran bhs inggeris tanpa perlu mengganggu subjek lain!
( ini serius!)
wah...panjangnye komen..dah jadik cam entri lak tedi..kekeke..syabas inspektor shahab...
aku xnak komen ape2 hal ni..tp nanti kalu aku bc balik bab ni, dan rasa nk komen, aku wat entri trus ar...ahahha
tedi.. terima kasih bangat2 ya sudi komen komentar ambe...menarik dan bernas juga ye..tu arr cakap bm pun tergagap mcam lagu stacy ni..hahah hanya dalam lagu je....tapi menarik sekali komen anda tedi
ashie....ambe ternanti2 entry ande gak..yela..mung pun dulu cikgu english juga, mesti ada pengalamn yang bleh dikongsikan....sedikit sebanyak meningkatkan pemahaman untuk kita untuk beklan anak2 kita nati( perghhhhhhh jauhnyer pandangan..hehehehe)
ambe xtau nak komen mende..heheh dah 6 tahun ajar math dlm bi, ambe banyak cakap melayu..
tok
sebenarnya, tak perlu cari bahan, surf internet bile nak mengajar math / sains dlm bi. sbbnya, byk sgt software yg dibekalkan kerajaan, kursus, pendedahan, buddy support hatta laptop diberi bg nak memudahkan cekgu2.
tepuk dada, tanya cekgu sendiri, depa rajin pasang cd atau tak. heheh.
mungkin deme kurang arif sbb deme x berada dlm pagar skolah.
tok
bila orng berpengalaman berkata-kata..hahaha....apapun thks tok diatas pendapat anda...agak2 ye tok budak2 ajar dlm bm nanti lg ramai bleh score A untuk maths
..tok slalu gune cd..dier ngajo walau dlm BM, tp cd tuh BI, so x taulah camane bleh improve tak bebudak,tp aku rasa ok je bebdauk tok nye math..kekdg math ni lain je dier nye english ...kekadang aku pong x penah sebut perkataan tu, tetiba ader lam math..ahhaha..
takpe..ko plak ashie..mesti cikgu yang best ni kalau tak takkanla student msg2..dulu masa amde darjah 2 ada satu cikgu india ngajar english nama dia s.sumathi ...best gilerrr dan sangat baik dan caring kat semua students..malah masa cikgu tu nak tansfer kita orang menangis tak nak tukar cikgu lain...hahaha so nostalgia
masa sekolah menengah plak cikgu class ambe nama Ku nasrina dan cikgu rohani dua2 ni cikgu BM....sampai skrang ambe still contact lagi, hari raya pun buat muka tak malu p beraya.....malah anak diorang pun member ambe gak..tapi anak lelakila..kalau perempuan adala chance...hehehe
ahhahah..xde lah terer mane pong ambe ni..sekadar cekgu biasa2 je dolu, ..tp ambe syukur dpt mengajo budak2 skolah rendah sebab dowang ni walau memacam ragam dan tabiat, tp sebenonye itulah pengalaman dowang...
..seb bek bukan pompuan, kalu tak ko dah jadik menantu cekgu kan..ahehhe
Post a Comment