Friday, August 21, 2009

Salju Mutiara Di Kota Alhambra

Dingin semilir pagi membuai batang tubuh itu, dirinya yang persis sang mengkabumi berjalan longlai menyusuri rekahan tembok saujana mata memandang itu. Kelopak matanya sudah ibarat kolam kasih yang memancarkan deraian mutiara salju di alur pipinya.Tiada suara berbicara, tiada unjuran kata dipersenda..namun hakikat yang pasti..dirinya menanggung sejuta nista yang teramat cerca untuk dikongsi rasa bersama. Pandangannya jauh melantun ke gagasan wilayah yang sudah ketandusan kuasanya, jauh malah berbalam-balam di utara kornea matanya, terpancang segalur putih bersih membelah ruang angkasa, petanda rebahnya kehebatan suatu anugerah yang dahulunya menjadi intisari semat dan rangsangan perjuangannya. Langkah diatur malas membelakangi seorang wanita lewat usia, si dia menghulurkan secarik warkah berbau duka..si wanita memandang sayu lalu menyapu mesra lenso lembayung jingga di wajah si dia. Wanita itu memandang sayu, mendalami raut wajah yang terkandung hikmah dan tertampung harapan yang punah. Si wanita mendekati si dia lalu memeluk erat penuh mesra dan mula bersuara senada…

“menangislah anakku bak kaum wanita menangis ke atas kerajaanmu yang hilang kerana kamu tidak memeliharanya seperti kaum lelaki”ujaran si wanita itu sambil deraian salju mutiara semakin galak mengalir di alur raut kusam wajahnya. Si dia terpaku sejenak, memandang ke langit, mengintai sesuatu yang pasti, mengharapkan janji yang pasti, melagang kasih sejati, untuk dijadikan pegangan di hati….mudah-mudahan ikhtibar ini menjadi tauladan sejarah bertapa perlunya penyatuan ummah dalam memercu kehebatan Islam di persada dunia..


Ini adalah sedikit bingkisan yang ambe coretkan bersempena Ramadhan yang akan bermula esok….watak si dia adalah Abu Abullah yang merupakan Raja terakhir kerajaan Islam Granada pada tahun 897 Hijrah. Baginda telah memeterai perjanjian penyerahan kerajaannya kepada Raja Kristian Sepanyol, Ferdinand dan Isabella. Dengan temeterainya perjanjian ini maka berakhirla era kerajaan Islam di bumi Eropah yang berkuasa selama 800 tahun…..jadi bersama kita jadikan ikhtibar buat negara kita sendiri….maka perlula kita semua bersatu.janganla kerana isu sesuatu sesame kita bertelagah…di bulan yang penuh rahmat ini juga harapkanlah sinar kedamaian melimpahi segenap pelusok Malaysia ye….mudah-mudahan rahmat Ramdhan jugala menjadi penawar mujarab mengurangkan kes H1N1 ini juga..mudah-mudahan rahmat Ramadhan ini juga menjadi perisai yang kuat buat saudara kita yang dihimpit belenggu peperangan di Gaza…mudah-mudahan rahmat Ramadhan jugala membantu memberi sinar harapan buat mangsa-mangsa taufan di Taiwan,bersama-sama kita menyambut Ramadhan Al-Murabak dengan penuh kesyukuran dan tawaduk pada-Nya……………..
P/s: ari ni ari Jumaat senpai sedikit berkongsi rasa ye..kekekeke

9 comments:

waiem said...

Amin mudah2an..

HuRuL_AiNi said...

thanks for a very good sharing....selamat berpuasa :)

ashie023 said...

InsyaAllah..mudah-mudahan kerahmatan bulan Ramadhan membawa keselamatan buat kita semua..

Shee said...

Istana Alhambra! One of the must-visit place in the world~ (for me lah.. it is really fantastic!) and sungguh ajaibnya tempat itu..even though ia diambil oleh kerajaan Raja Kristian, but unsur-unsur Islam masih ada terukir di Istana itu. Kalimat Allah dan Muhammad masih nyata menghias dinding istana itu. Serta tulisan jawi yang lain~ membuatkan ambe tertanya2 jugak kenapa King Ferdinand tak mengubah suai istana itu sepenuhnya? The history that ambe belum ada peluang untuk mempelajarinya..


Apa-apapun, mudahan segalanya akan berjalan dengan lancar, insya-Allah. Selamat Berpuasa :)

Nakamura Kazuki said...

mudah-mudahan ye waiem...IsyaAllah

ambe tersentuh gak masa baca hurul ...bleh layari gak dekat ibnu muslimnyer website

Hopefully ye kerahmatan Allah bersama kita ye ashie

itula shee..ambe memang curious sangat nak tahu..masih mecari buku yang betul2 besh penerangan tentang Istana ni..kalau ada rezeki teringin juga nak pi tengok sendiri dekat sana

tokder said...

insaf jap.

ustazah dyLLa said...

insya'Allah,mudah2an...bln umat islam menmbhkan amalan & ibadah seharian...

slmt mnjalani ibadah puasa.

Shee said...

Insya-Allah, kalau ada rezeki..dan jika senpai ada rezeki, ambe suggest lah senpai pergi sana dan pergi melawat tempat tu sehabis-habisnya..waktu ambe pi sana dulu, x best because it was winter..and we were kinda rushing. so mcm buat satu pusingan je..x habis pun setiap pelosok nak dilawati.. sehari x cukup..tmpat tu tersangatlah besar.. it's really worth it to buy entrance ticket 2 times for senpai and those are keen sangat nak tahu sejarah istana ni.

Nakamura Kazuki said...

thank u shee...Mudah-mudahan ambe berjaya melwat tempat sejarah islam ni