Friday, August 28, 2009

Cuti-cuti balik kampung

Esok senpai balik kampong..pong..pong...setelah 2 minggu menanti akhirnya bos ambe approve juga cuti ye.....ambe start esok sampai selasa..so jumpa lagi ye InsyaAllah hari rabu nextweek...tengok tu sawah padi melambai2 ke arah ambe .....kekeke...so teruskan menulih dengan gigih ye..nanti balik ambe ronggeng ye komen mengomen...lihatla keindahan sawah padiku terbentang (senpai dengan gumbira menyanyi lagu kak Ogy kita..hahaha)

Thursday, August 27, 2009

Tag Mania .

Senpai nak jawab tag ni..jom usha tengok...kekeke..

  • 1.Anda rasa anda hot ?
  • kekadang ambe rasa hot sampai hangit..kekadang cold cam mat cool plak..hehehe

  • 2.Upload gambar2 kesayangan anda!

tak mungkin ambe n da geng dapat lepak macam ni lagi..so ambe sangat menghargai moments kat sini

tak mungkin lagi kami mampu menyatu bersama memerah tenaga untuk bersatukan...
  • 3.Kenape anda suka gambar ini?
    a- sebab time ni ambe banyak memahami erti persahabatan
  • b- menghargai kawan2 yang besh dan sporting
  • c- perjalanan menuju cita2 yang dikuatkan dengan ukhuwah friendship 4ver...Jerai!!! 4ever

  • 4.Bila kali terakhir anda tak puasa?patutnya soalan lain,tapi aku ubah la sebab bulan puasa kan..hehe(utk lelaki valid la soalan ni..hehe) <-omar, soklan asal dier camne?
  • tak hengatla....tapi tahun 2006 ada tinggal sehari sebab deman teruk..tapi dah ganti dah..
  • 5.Lagu terakhir yang anda dengar?
  • lagu moments like this..miss ashienyer blog sebab ambe tengah copy n paste ni...hehehe
  • 6.Apa yang anda buat sambil selesaikan tag ini?
  • kunyah karipap n popia merangkap sahur esok..kul 1 AM dah ni ...
  • 7.Selain dari nama anda sendiri, anda suka dipanggil dengan nama ape?
  • apa ajelah janji korang bahagia.....nakamura bleh, senpai bleh...
  • 8. Tag lagi 7 orang tanpa rasa kekesalan..
  • sapa2 pun boleh janji korang sudi...hehehe...
ambe sebenarnya amat letih sangat hari ni korje banyak babe sampai berbuka tergesa2...hahaha...apa2 pun baca blog korang terasa besh2 ..hahaha

Tuesday, August 25, 2009

Muhasabah dan Selami Diri

Malam ni ambe terlalu terkenang sesuatu...lagu muhasabah cinta terlalu memberi sesuatu pada ambe ni......member sekerja ambe kelmarin ada bagi tahu satu phrase yang sungguh terkesan di hati ambe....

' Apabila Allah SWT menutup satu pintu hati yang menjadi pengharapan kita, lalu Allah SWT membuka pintu-pintu hati yang lain yang lebih bersinar dan lebih asyik untuk mempesonakan kita..namun tanpa kita sedari yang kita masih mengharapkan pintu hati pertama itu terbuka kembali"

Kenapala kita begitu dan ambe juga begitu..ambe masih mencari jawapannya lagi....sungguh terkesan rangkapan ayat di atas tu.......

Sunday, August 23, 2009

Sudut Baca-Baca Part 5

Kali ini sudut baca-baca akan mempreviewkan hasil penulisan penulis yang ambe ske sebab gren penyisiatan dan misteri oleh seorang yang ambe ske iaitu John Grisham…sebut nama pak cik ni mesti ramai yang tahu dan kalau korang sume perasan kat library sekolah dulu pun penuh dengan buku2 John ni kan…ambe adala juga masa from 3 or 4 belek2 tengok..sebab tengok sorang amoi ni yang merangkap classmate ambe asyik pinjam je….ambe tanya dia besh ke? Sambil tersenyum simpul dia cakap….Nakamula arrr..u mau tau itu syok ka tak la syok u begi pinjam sendili la..nanti celita sama saya ya….kekeke..sejibik dia bagi ambe…apa dia ingat ambe nak mengorat diala..time tu ambe spacky ala2 junior..so nostalgiakan.…itula nasib si mamat Nakamura mula2 nak kenal penulis John Grisham..namun ambe still contact lagi amoi ni..sekrang dah buka gim n kelas senam aerobic ..perghhhhhhh kalau tengok amoi ni sekarang…berdarah jugala hidung….stoppppp..stoppp..udah2 la tu Nakamaura..skrng bulan puasa…..ok berbalik kepada entry asal buku yang nak di kongsi kali ini adalah bertajuk Ford County ..namun ambe still lagi terbayang kehebatan beliau dalam The Runaway Jury ,The Street Lawyer dan The Last Juror..pastu ada juga terbaca karya beliau last yearnyer bertajuk The Appeal tapi cam tak berminat plak…namun tajuk kali ni Ford County cam semacam dan mulala menggelodak jiwa ni nak membaca…nampak tajuk cam ada sesuatu ..apa yang menarik tentang buku ni ye….


Bagi kaki-kaki peminat novel thriller pasti kenalkan Pak Cik Grisham ni….ok bercerita secara ringkas je la sebab buku ni akan release pada Nov 2009 nanti…saing New Moonla nampaknya..ambe tak tahu nak previewkan apa tentang Novel The Ford County..sebab usha2 buku ni ramai yang belum baca lagi..yang adapun illegalnyer synopsis…kan bleh caye…hahaha..but mostly the story will be totally quite different from the previousla rasanya..tapi riki-riki katanya nak macam firstnye collection tapi ambe tak hengatla plak..sebab time tu tak kenal lagi pok cik ni…buku ni diplotkan permulaannya dengan kembalinya seorang lelaki berkerusi roda bersama dua anak lelakinya ke kawasan lama yang telah ditinggalkan…untuk member penghormatan terakhir untuk majlis funeral adik lelaki tersebut…watak..ambe still confius sebab ken abaca A Time To Kill dulu…novel pertama baru bleh faham…..ni yang malas ni…sebab buku ni menggabungkan banyak element cerita yang disatu di bawah suatu Bandar di Ford County…novel ini menceritakan reality kehidupan di Bandar ini…membawa plot yang pelbagai serta menyelitkan imbasan watak dan cerita2 yang lepas…bagi yang dah ikut novelist ni mungkin dapat faham ye plot mengenai watak seorang mamat yang bercelaru, lemah dan terlalu sidetracked , pastu dimasukkan juga citer masalah penceraian suatu family, kisah balas dendam terhapa pemilik Kasino , kisah seorang lawyer yang kena kidnapped, kisah remaja yang mati akibat AIDS….pendek kata novel ini merencanakan suatu peristiwa yang berlaku serentak dalam Ford County City tu..sangat menarik..tapi emosi kita juga perlu kuat ye kalau nak baca novel ni….pengkritik2 novel juga mengatakan bahawa inilah kelebihan Grisham dalam karya dia…membawa plot yang pelbagai namun di endingkan dengan satu nokhtah yang menarik…cambest…tapi apapun ambe akan tunggu review2 yang sebenar dan boleh dipercayai dulu..baru nak beli…..hahaha….


Ambe kembali lagi dengan ketegaran vampire..kali ini adalah preview ringkas Vampire Academy : Blood Promise. Buku ke-4 bagi peminat siri vampire academy…..jika diimbas kembali dalam book 3 diakhiri dengan serangan besar-besaran strigoi k atas St.vladimir School…nak tahu kisah awal novel ni bleh rujuk entry ambe yang lepas http://chikara4piece.blogspot.com/2009/02/vampire-academy-series.html keadaan menjadi semakin meruncing apabila banyak guardian terbunuh malah Rose sendiri sudah membunuh terlalu banyak strigoi sehingga dekat lehernya tak termuat dah modja( tattoo) melambangkan tahap kehebatan dia melawan strigoi..namun apa yang paling sadis dan menyentap perasaan pembaca adalah di mana kisah diakhiri dengan Dimitri bertukar menjadi Strigoi..time ni memang part yang mendapat beribu-ribu komen bagi peminat vampire siri..yela macam mana plak hero bleh jadi orang jahat…hahaha…but the author is very clever and she know how to overcome the situation…..she try to make an extra supposition in order to highlight that the ending of shadow kiss will be continue in the next series..so memang time tu all of her fans emphasize her to release the book early of this year…but she refuse…tak kisahla richelle mead….janji next week 25th of August kuar ye….tapi ambe sendiri tak tahula bila ambe bleh gi ambe buku yang dah disorder tu….nampak cam samar2 je..takpela….tunggula bila kes H1N1 ni reda skit..sebab kat Ipoh tu ambe dengar2( citer tak confirm ye betul ke tak) ramai yang dah kena H1N1..so bak kata mat salled anak pak Dollah Prevention is better than cure…hehehe..ceh berfalsafah la plak Mr. Nakamura ni..ok tu yang malas tulih ni nak melalut je kejanya…synopsis book 4 ni tak tulih lagi pun….okla let shoot the gun at the beginning of the story ya….if u ols sume still rememberla about the previous attacked on St.Vladimir school di mana mostly ramai Moroi yang terbunuh dan salah satunya yang menjadi climax of the story is Dimitri Belikov…dia juga terbunuh namun memandangkan dia adalah damphir so dia terus bertukar menjadi strigoi dan lari membawa diri…Rose yang menyaksikan kejadian tersebut tergaman dan sekarang apa yang paling ditakuti menjadi kenyataan..orang yang dicintai menjadi musuhnya…malah Rose has to choosela whether to protect the last surviving Dragomir princess or dropping out from the Academy and hunt down the man that she loves….memang menarik malah kali ni juga menyaksikan perjalanan story lebih banyak action dan mendebarkan..the best part of this novel is about (padahal ambe pun tak beli n baca lagi pun..hehehe..) at the ends of the story she travel herself to the end of earth…maybe kutub utara kut…..untuk memenuhi permintaan terakhir Dimitri sewaktu mereka berpisah…atas apa sebab ambe pun tak tahu…mungkinkan dimitri minta Rose membunuhnya ataupun menyelamatkannya… at the same time adakah juga Rose sudah berubah hati and she decide to destroy Dimitri? Ataupun she will sacrifice herself to be apart of Strigoi for a chance at eternal love with Dimitri…wau..wau..wau..nampak gayanya memang tak habis lagi ni…..hahahaha..memang ambe pasti akan bersambung dalam Vampire Academy Book 5 : Spirit Bound yang akan release May 2010…apapun bek kita baca dulu book 4 ni…waaaa banyaknya buku nak baca ada masa ke ambe ni……

Saturday, August 22, 2009

Sejarah Mungkin Tak Akan Berulang...

Dulu masa kecik-kecik....ambe memang cerewet..nak makang itu, nak makang ini...pasahal posa pun idak....terlalu memilih dan sampai kena sekeh ....hahaha..dalam pukul 4 petang je...ambe mulala memulakan mission possible dengan mak ambe..kekeke

Ambe : Mak, ni achik nak gi kedai nak suruh beli apa2 ke tak? (walaupun aku anak ke dua tapi dah memang sinonim dengan panggilan achik thats why sampai sekarang tak besar2..hahaha)

Mak : alah, nak gi kedai konon..hang nak pi pasar ramadhanla tu..nak beli apa lagi...ni buah melaka dah buat, kak hang plak duk goreng cucoq badak, ni mak nak nuat agaq-agaq plak, pastu nak buat sambai petai plak....

Ambe : La, achik nak gi kedai ja...bukan nak pi sana pun...

mak ambe berlalu ..then datang balik sambil menghulurkan RM6..yeye...mission berjaya

Ambe : nak buat apa plak duit ni???

mak : sekeh pala lutut tu baru tau...ni bawak Kak da sekali ...ingat beli popia basah 2 hengget, murtabak 2 keping, pastu kalau ada pulut seri muka belila sehengget dekat mak, lebih tu..hampa nak beli apa beli la...

Wah nostalgianya..ingat masa jazam2 berposa sekolah rendah dulu...mak ambe ske memasak lagipun mak faham gaji arwah ayah ambe time tu manala besar ..kami plak time tu baru 4 orang ..coming soon lagi dua..hahaha..tapi ambe tetap bersyukur sebab walaupun kami takla serba mewah..rezeki yang kami ada cukup buat ambe sekeluarga ....tapi tu dulu ..sekarang lain dah...sejarah mungkin tak akan berulang........kenapa??????????






sebab ambe ..sekarang tinggal sorang..hari plak..hujan terlalu lebat menunjukkan tanda2 macam tak nak seqeyap(berhenti)...macam mana nak turun from batu 19 ni nak ke pasar ramadhan tapah...jika hujan terlalu lebat jalan nak turun ke bawah sangat licin dan merbahaya...adakah ambe akan berbuka hanya dengan


Apapun kita kena bersyukurkan.........huhuhuhu...selamat berbuka sume walaupun awal lagi ...hehehe

Friday, August 21, 2009

Salju Mutiara Di Kota Alhambra

Dingin semilir pagi membuai batang tubuh itu, dirinya yang persis sang mengkabumi berjalan longlai menyusuri rekahan tembok saujana mata memandang itu. Kelopak matanya sudah ibarat kolam kasih yang memancarkan deraian mutiara salju di alur pipinya.Tiada suara berbicara, tiada unjuran kata dipersenda..namun hakikat yang pasti..dirinya menanggung sejuta nista yang teramat cerca untuk dikongsi rasa bersama. Pandangannya jauh melantun ke gagasan wilayah yang sudah ketandusan kuasanya, jauh malah berbalam-balam di utara kornea matanya, terpancang segalur putih bersih membelah ruang angkasa, petanda rebahnya kehebatan suatu anugerah yang dahulunya menjadi intisari semat dan rangsangan perjuangannya. Langkah diatur malas membelakangi seorang wanita lewat usia, si dia menghulurkan secarik warkah berbau duka..si wanita memandang sayu lalu menyapu mesra lenso lembayung jingga di wajah si dia. Wanita itu memandang sayu, mendalami raut wajah yang terkandung hikmah dan tertampung harapan yang punah. Si wanita mendekati si dia lalu memeluk erat penuh mesra dan mula bersuara senada…

“menangislah anakku bak kaum wanita menangis ke atas kerajaanmu yang hilang kerana kamu tidak memeliharanya seperti kaum lelaki”ujaran si wanita itu sambil deraian salju mutiara semakin galak mengalir di alur raut kusam wajahnya. Si dia terpaku sejenak, memandang ke langit, mengintai sesuatu yang pasti, mengharapkan janji yang pasti, melagang kasih sejati, untuk dijadikan pegangan di hati….mudah-mudahan ikhtibar ini menjadi tauladan sejarah bertapa perlunya penyatuan ummah dalam memercu kehebatan Islam di persada dunia..


Ini adalah sedikit bingkisan yang ambe coretkan bersempena Ramadhan yang akan bermula esok….watak si dia adalah Abu Abullah yang merupakan Raja terakhir kerajaan Islam Granada pada tahun 897 Hijrah. Baginda telah memeterai perjanjian penyerahan kerajaannya kepada Raja Kristian Sepanyol, Ferdinand dan Isabella. Dengan temeterainya perjanjian ini maka berakhirla era kerajaan Islam di bumi Eropah yang berkuasa selama 800 tahun…..jadi bersama kita jadikan ikhtibar buat negara kita sendiri….maka perlula kita semua bersatu.janganla kerana isu sesuatu sesame kita bertelagah…di bulan yang penuh rahmat ini juga harapkanlah sinar kedamaian melimpahi segenap pelusok Malaysia ye….mudah-mudahan rahmat Ramdhan jugala menjadi penawar mujarab mengurangkan kes H1N1 ini juga..mudah-mudahan rahmat Ramadhan ini juga menjadi perisai yang kuat buat saudara kita yang dihimpit belenggu peperangan di Gaza…mudah-mudahan rahmat Ramadhan jugala membantu memberi sinar harapan buat mangsa-mangsa taufan di Taiwan,bersama-sama kita menyambut Ramadhan Al-Murabak dengan penuh kesyukuran dan tawaduk pada-Nya……………..
P/s: ari ni ari Jumaat senpai sedikit berkongsi rasa ye..kekekeke

Wednesday, August 19, 2009

Jom berpantun bersama Senpai

Ambe tengah kebosanan menyiapkan progress report untuk semester ni....terlalu bosannnn!!!!

Monday, August 17, 2009

EMovie : New Moon

Ok entry kali ni bagi peminat siri sci-fic berciri fantasy.....ambe begitu teruja nak tunggu filem ni release...walaupun dah cover novel New Moon ..ni namun still eagerly want to know the perspective of stephenie meyers on screen shoot....kalau nak tahu anda bleh usha entry ambe yang lepas http://chikara4piece.blogspot.com/2009/01/journey-of-love-bella-swan-continue-in.html adalah sinopsis berdasarkan novel..malah korang bleh refer juga episode filem ni melalui eclipse dan finale on breaking down...cukupla sekadar intro ye..hehehe..bulan Nov nanti kita cerita lain ye...bagi yang on da way tengah baca novel ni sila habiskan cepat sebab...nanti kalau dah tengk filem confirm dah malas nak sambung baca sampai habis..hahaha...

video

Preview filem ni..nampak lagi besh daripada Twilight 1.....so kaki-kaki vampire addicts ni dia buah tangan anda selepas setahun menanti ye...hahaha

Apabila Diriku Encem sedikit...

Hari ni ambe begitu teruja nak gi korje…sebab hari ni ambe nak pakai smart2 skit..saja je….hahahaha( saja ubah tabiat skit..kekeke)..hakikat sebenarnya..baju yang ambe dah basuh diampaian sudah basah akibat hujan lebat petang semalam..itula kuar jalan2 sampai tak hengat dunia..inila padahnya..sampai ambe tinggal 3 ke 4 helaian sepinggang…so pagi ni dengan langkah bergaya ala-ala auditor ( sebab sekarang musim GIA mengaudit..bukan filem G.I.Joe the rise of Cobra ye…kekeke)..so dengan slumberland ambe melangkah masuk ke opis….hari ni juga ambe terawal pukul 7.15 pagi dah sampai….setibanya di perkarangan opis ambe bersahaja mesuk bilk ambe..on da way di sapa bos kecik..

Bos kecik : Nakamura..nape lain macam hari ni….ada apa2 event ke? Atau site visit from HQ?

Ambe : mana ada bos….saja je nak ubah skit penampilan…sekali sekala dua kali dapat pahala..(sempat lagi ambe buat jokes)

Bos Kecik : Okla na smart..tapi aku musykilla….takpe after morning meeting please re-submitted approval letter from Voith-Siemens ye…

Dah lepas tu..terjumpa plak dengan Bos Besaq

Bos Besaq : kamu ni nak gi kursus kahwin ke nak ziarah orang mati ni..sebab dengar ada staff stesennya adik meninggal ?

Tertelan air liur ambe…dua tanggapan yang terlampau melampau…hahaha

Ambe : sebenarnya bos baju saya tak keringla semalam so terpaksala pakai baju casual hari ni..

Bos Besaq :..ooo macam tu ke…. Ni kiranya kamu melaram baju raya yang dishopping semalam dekat Ipoh ke ?

Ambe : halamak semalam dah terkantoi plak???? Semalam mana beli apa2 pun bos jalan2 je cam biasala ( bos ambe pun tahu ambe ni jejaka Nippon celup….sebab ske japan n korea…yela dalam keta lagu jepun, dalam ofis lagu korea, dalam umah dua2 lagu ambe layan..kekeke)

Bos Besaq : Saya pun sempat gak shopping semalam ..dua helai Jeans Levi’s sempat saya beli..potongan harga 50%..malah saya borong 2 helai dekat wife saya gak…..hahaha

Ambe : So esok bos blehla pakai jeans baru..nampak lagi smartla..( ayat2 membodek tahap sederhana)

Bos Besaq : betui ke? ( sambil bos ambe tengok baju n seluar dia)

Ambe : Betui bos….

Bos Besaq : Dengan nada kuat (Bibi time lunch nanti ajak sume naik Ringlet ye..kita makan kari kepala ikan..yela dah dekat2 pose ni….nanti kempunan plak)…

Lepas tu bos besaq terus gi ke bilik dia..moral of the story…(hahaha lunch nanti dapat makan free….hehehe..walaupun baju ambe basah..tapi still ada hikmahkan….)

Sunday, August 16, 2009

Jdrama : Emergency Room 24 Hours 4

Sejak kebelakangan ni tak sempat nak menghupdate blog....nak kata sibuk takla juga..namun masa agak terbatasla...asyik kuar je...hahaha..nak kata shopping raya..aisemen gaji pun belum masuk lagi...kuar cari DVD citer terbaru pun tidak...entahla ambe pun tak tahu..kekeke...cuma ambe masih lagi mencari buku2 seperti The Alhambra ( Waiem.....buku ni dalam BM ambe tak jumpa..kalau english karya Washington Irving adalah menyentuh tentang tamadun Andalusia..tetapi perspektif lebih bersifat sekularismela...tak banyak menyentuh Islam)., ambe juga nak mencari buku pengembaraan Ibnu Batutta terbitan IKIM cam Ashie...tapi buku tu cam limited je..so kena tempah.....bleh dapat 20%.discount..tapi takpela nanti dulu..tak rugi beli buku ni sebab next year bleh cover Income Tax hehehehe..buku yakjud dan makjud pun tak sempat nak beli..padahal tadi dah pegang..cam manala bleh lupa....buku yang ambe masih teruja nak dapatkan adalah mengenai perang salib...wah cam best buku ni...nak memahami sedikit sejarah Islam di Barat sekaligus nak tahu kemana menghilangnya ilmu2 Islam yang terawal selepas perang ni berakhir..ok cukupla entry pasal baca-baca..nantila ambe hupdatekan entry baca-baca part5 plak...kekeke......berbalikla kepada theme sebenar entry kali ni..JDORAMA yang sedang ditayangkan kat Jepun serta yang bakal release ye......

Drama 1 : Emergency Room 24 Hours 4

Drama sudah mengjangkau siri ke-4..tetapi ambe start tengok sejak session 3 sahaja sewaktu ambe di semester 5, kalau tak silap ada ditayangkan dekat 8TV suatu ketika dulu…kalau korang ingat time tu drama jepun yang ditayangkan selalu petang sabtu and Ahad…drama2 yang sempat ambe layan Pride, Hero, Beautiful Life, Densha Otoko,dan Emergency Romm 24 session 3..ok kali ni kita bercerita tentang Emergency room 24..kenapa ambe mengrekomenkan untuk peminat jdorama tengok…..sebabnya jalan cerita yang besh…..macam yang session 3..mengisahkan Bandar musnah yang dilanda gempa bumi..jadi doctor dan para jururawat yang bersikap sukarela membantu mangsa yang tercedera dalam gempa bumi tersebut..di sini dapat kita tengok sisi sifat manusia yang pentingkan diri sendiri, keihklasan dalam member pertolongan, kisah pengorbanan cinta, dan banyak lagi theme yang besh…malah ambe berani kata cerita ni lagi besh daripada Team medical Dragon….tetapi sila ingat juga ye yang Team Medical Dragon juga antara drama terbaik Jepun yang pernah ambe saksikan….
Ok berbalik semula perjalana cerita Emergency Room 24 hours 4…plot dimulakan dengan keadaan terdesak di mana pasangan pengantin tetiba pengsan di wedding diorang, tanpa berlengah2 lagi…parents diorang menelefon hospital untuk menghantarkan ambulans..namun pada masa ini semua hospital mengalami krisis yang teruk, keadaan selepas earth quake tempoh hari menyebabkan staff dan doctor berkurang, bilik dan peralatan perubatan minima sekali dan kemudahan ambulan pula tidak mencukupi…keadaan pengantin semakin terdesak….dalam pada masa keadaaan yang tertekan itu kelibat seorang doctor muncul..dan dengan langkah yang bersahaja beliau mengassistkan pesakit tersebut ke hospital..dan seterusnya plot dikembangkan dengan keadaan hospital yang teruk dan kenekadan doctor bertindak dalam menyelamatkan nyawa pesakit….tunjang utama tentunya dipelopori oleh Kazuo Shindo sebagai Dr.Yosuke serta pelakon hebat Nanako Matsushima….just ambe nak remind skit citer ni tak kebanyakan pelakon lama2..so mungkin kurang meletup..namun diingatkan bahawa jalan ceritanya sangat menarik….ambe tak kisah siapa yang melakonkan drama ni yang penting watak yang dilakonkan Berjaya menyentuh perasaan ambe( sorry terover excited..sebab nampak ada kakak Nanako..hehehe)..apapun bagi yang follow citer ni sejak session terdahulu pasti tak nak melepaskan citer ni..ambe…..cuba mencari DVD dan seterusnya akan cuba melayan…..kalau tak sempat tunggula bila ada masa nanti…hehehe




Gandingan pelakon berpengalaman Kazuo dan Nanako....


Drama 2 : Untouchable

Masih lagi mencari drama Japan yang besh…akahirnya drama Untouchable berjaya touch my heart..hahaha.ok kali ini drama yang bakal release on October nanti…lambat lagi…namun ambe nak war2 awal2 sebab drama ni macam besh dan berbentuk comedy …diterajui oleh pelakon yang hebat dan ambe paling ske..siapala lagi kalau bukan yankumi sensei (Nakama yukie) dan akan berpasangan dengan watak hero Atashinchi No Danshi iaitu Jun Kaname….mengisahkan seorang wartawan lakonan Nakama…asalnya from higher rankingnyer reporter..namun sebab sikap keclumzy-an dia ditambah sikap yang asyik suspect berlebih-lebihan menyebabkan dia kena buang kerja…hahaha..so dia pun pergila ke syarikat akhbar yang low class..namun dekat sini dia dapati setiap berita yang dicarinya macam ada sesuatu kes misteri dan selagi dicari semakin banyak yang tersembunyi…disebabkan rasa ingin tahu so dia terus menjalankan siastan sekaligus menjadi agent detective untuk mengenal pasti punca setiap kes misteri tersebut…so on da way menyelesaikan masalah tu..macam2la aksi serious comedy yang pasti mencuitkan hati…..so kengkawan..drama ni lambat lagi nak kuar …apapun mungkin macam biasa je..tapi mungkin ambe teruja sebab ada Yankumi sensei…..selalunya citer yankumi mesti kelakar dah besh…try gak ambe usha wallpaper drama ni..cam biasa susah nak dapatla…….drama jepun memang susah nak cari cover drama ni …




Yankumi(Nakama Yukie..ambe ske panggil yankumi sensei..hahaha) dan bersama Jun Kaname..hopefully kelakar ye..teringat masa Yankumi jadi polis dalam Joshi Deka...besh gak drama tu...


Ni la dua drama yang nampak besh ye.....manala nak sempat rasanya nak tengok drama2 ni...tambah2 nextweek dan pose.....wah beshnyer Ramadhan muncul kembali.....ok takpe drama ni lambat lagi Oktober nanti......pasal drama Mukodono...tadi usha2 speedy takde dahla stock drama lama ni...but Hurul..better donlodla....nak cari susah skit sebab drama lama..malah time drama ni release sekitar 2003..rasanya DVD or VCD jepun cam kurengla time tu..drama2 korea cam winter Sonata, Purity cam tu adalah.....better try cari kat ternet rasanya ada kut...untuk ramadhan ni juga ambe tak sabar nak mengikuti pengembaraan jejak rasul 15..wah ambe start layan from episod pertama lagi masa darjah 4...pastu rasanya Diari Ramadhan Rafiq ada juga kut..citer ramadhan yang tak sepatutnya tak tengok...hahaha kalau takdan kena donlodla..namun dalam asyik mengejar hiburan dunia makesure Tarawih jangan lupa ye...hikmahnya banyak..kat tempat ambe buat 8+3 je sebab tak ramai staff kat sini.....pastu yang besh sesi berbuka puasa gotong -royong..besh2...jom mengimarahkan bulan Ramadhan ye semua....

Tuesday, August 11, 2009

Sketching lagi-lagi!!


Yankumi sensei yang tak menjadi, Gomenasai sensei!!!!


Malam ni still tak bleh tido juga..entahla kenapa ye....so ambe ambil pensil dan try sketch gambar seorang lagi pelakon jepun Yankumi sensei, namun masih tak menjadi lagi..kalau diperhatikan huraian rambut masih statik, tona mata dan kening still tak seimbang dan raut pipi yang tak ketara..namun ambe bukanla pelukis profesional sekadar suka2...hahaha...

Sudut Baca-baca 4



Resensi buku kali ini adalah Iskandar Bukan Zulqarnain...beralihla plak ke arah tamadun Islam...cukupla dulu Vampire Mania..sebelahnye plak buku yang bakal ambe baca dalam masa terdekat ni..InsyaAllah..


Diskusi sudut baca-baca: Benarkah Iskandar Bukan Zulqarnain

Alhamdulillah, akhirnya hari ahad lepas ambe berjaya habiskan buku setebal 200 ms ni.Buku ni adalah hasil penulisan Afareez Abd Razak Al-Hafiz yang juga merupakan pelajar PHD Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.Buku ni bersifat historical review dan mengajak kita mendalami sejarah silap kenabian yang tersurat sejak Adam A.S sehinggala ke zama kegemilangan Iskandar Zulqarnian.Cuma persoalan yang cuba ditimbulkan oleh penulis adalah betulkan Iskandar yang diagungkan ini adalah Iskandar yang sebenar yang namanya termaktub dalam kalam Al-Quran.InsyaAllah persoalan akan terjawab dalam buku ni.

Melewati bab pertama sehingga ke tiga, penulis banyak menekankan salasilah keturunan Nabi-nabi, di sini pembaca akan dapat mengetahui salasilah keturunan Nabi Adam sehinggala kepada Nabi Ibrahim A.S. Cuma apa yang ambe dapati penerangan agak kurang kritis sedikit dan sukar untuk difahami memandangkan fakta yang terlalu padat dan diringkaskan dengan terlalu terperinci. Namun syabas diucapkan kerana penulis berjaya membawa perjalanan cerita dengan menghubung kait secara santai dan sesekali pembaca akan menoleh ke mukasurat terbelakang untuk merujuk kembali siapakah tokoh yang diperbincangkan. Mungkin akan bertambah baik sekiranya salasilah Nabi-nabi dihuraikan dengan lebih banyak agar kita mudah memahami sekaligus mengenal agak sejarah para Nabi-nabi ini.

Kisah-kisah yang dibingkai dalam setiap bab mencirikan ceritak dalam Al-Quran, contohnya Peristiwa Raja Namrub dan apakah hubungkaitnya cerita ini dengan cerita Nabi Ibrahim. Peristiwa Nabi Lut dan Kaum Soddom dan paling penting dalam sejarah Umat Islam adalah peristiwa pembinaan Masjidil Aqsa. Persoalannya siapakah perintis kepada pembinaan Masjid Al-Aqsa dan kenapakan Yahudi begitu kepingin akan tanah Masjid Al-Aqsa itu.jawapannya adalah Nabi Yaakub.Di sini juga penulis memberi sedikit gambaran tentang asal keturunan Yahudi yang bermula daripada Ais iatu abang kembar kepada nabi Yaakub. Pembaca dapat memahami dengan mudah sekaligus memahami kesucian tanah masjidil aqsa itu kepada bangsa Yahudi.

Dalam bab kedua, penulis mula membuka lembaran kepada sirah kehebatan Nabi Sulaiman, kisah pengIslaman puteri Saba’ atau pun Puteri Balqis dan kisah ujian Nabi Sulaiman apabila kekuasaan dan nikmatnya ditarik seketika oleh Allah SWT. Di sini ditekankan juga sewaktu kewafatan nabi Sulaiman, jin-jin tidak mengetahuinya bahkan baginda wafat dalam bilik peribadinya yang hanya bersebelahan dengan tempat jin-jin ini bekerja. Maka jelas membuktikan jin2 ini tidak mempunyai pengetahuan yang melangkaui batasan seperti masyarakat kita percayai.konklusinya jin2 tidak mengetahui perkara ghaib, jadi jangan kita goyahkan tunjang keimanan kita semata-mata kerana kepercayaan yang bersifat syirik . Seterusnya selepas keruntuhan empayar Nabi Sulaiman, bangkit kerajaan Bukhtanasar yang merupakan perintis ke arah zaman kegemilangan Iskandar zulqarnain .Dalam bab ketiga ini jugala, raja tersebut bermimpi akan berhala yang berkepala emas pecah hancur berkecai, selepas itu dadanya yang perak juga hancur bekerja, perut dan paha daripada gangsa juga turut punah, diikuti lutut hingga ke buku lali daripada besi turut pecah serta kakinya daripada tanah liat juga hancur luluh. Gambaran mimpi ini membawa maksud akan kehebatan kerajaan silam akhirnya akan lenyap dan diganti dengan kerajaan yang semakin hilang kehebatannya, dah proses ini berlaku sehinggala ke zaman ini..Persoalannya kenapa kita masih nak menyanjungi kehebatan barat sedangkan kehebatan mereka secara persamaan tanah liat sahaja berbanding kehebatan tamadun Islam terdahulu yang diumpamakan perak dan emas…jadi kembalilah kita mengagungkan kehebatan Islam.

Bab terakhirla baru penulis menyingkap kebenaran Iskandar berdasarkan petikan nama Zulqarnain yang disebut dalam Al-Quran.Di sini pembaca diajak untuk membuat perbandingan sama ada zulqarnian itu adalah Raja Kurush yang merupakan putera kepada Raja Parsi yang bernama Cambyses 1 ataupun Raja Iskandar putera kepada Raja Phillip 2 daripada empayar Mecadonia. Bab ini ambe paling suke dan tertarik sangat malah membacanya berulang-ulang kalis setiap ayat agar dapat memahami dengan betul.Masyarakat barat utuh dengan bukti-bukti yang sahih mempertikaikan Alexander The Great adalah raja Iskandar manakala setelah penulis menjalankan kajian didapati penulis terjumpa bukti-bukti yang menidakkan Raja Iskandar sebagai Zulqarnain, malah perbandingan dengan empat peristiwa di dalam Al-Quran turut berbeza malah tidak sama sekali.

Dalam Al-Quran menceritakan Zulqarnian seorang raja yang baik hati, membantu segolongan puak membina benteng untuk menghalangi kekacauan Yakjud dan Makjud.Namun rentetan sejarah Raja Iskandar banyak diselangselikan dengan sikapnya agak jauh berbeza dengan apa yang diceritakan dalam Al-Quran..contohnya beliau seorang peminum arak yang tegar malah sanggup membunuh sahabat baik dan panglima tenteranya sekiranya tidak mengikut kemahuannya, mengamalkan dasar paksaan terhadap kerahan tenteraannya dan mengabaikan empayarnya semata-mata ingin mengembara untuk meluaskan empayarnya.Malah sikapnya yang tidak mengambil tahu akan system pentadbiran menyebabkan kejatuhan empayar Mecadonia yang suatu ketika menjadi kekaguman empayar2 serata dunia ketika itu. Berbalik kepada Raja Kurush yang bersifat lebih mahmudah, menawan sesuatu kerajaan baru tetapi tidak membunuh pemimpin Negara tersebut malah menawarkan sebagai penasihat, membebaskan tawanan rakyat serta mengamalkan system asasi hak manusia yang pertama.apakah system itu? Anda perlula membeli dan membaca buku ini..Selain itu factor beliau yang banyak berhubung kait dengan golongan Georgian yang merupakan perintis zaman besi baru dalam usaha menghalang yakjud dan makjud untuk membuat kekacauan kepada manusia. Di sini sedikit sebanyak menekan aspek yang agak selisih dengan apa yang terkandung dalam Al-Quran. Penulis sedikit sebanyak membuka perspektif kita untuk memahami dan berfikir sejenak akan kebenaran sebenar siapakah itu Iskandar Dan Zulqarnain.

Buku ini sangat bagus malah diwar-warkan agar anda turut memiliki sekiranya mampu.membuka perspektif kita akan ketamadunan islam serta rentetan peristiwa yang berlaku bagai dirakam dengan kemas dan penuh tersusun. Selepas ini ambe akan mencari buku Yakjud dan Makjub pula..mungkin di sini definisi ke arah pemahaman Iskandar akan lebih tersingkap kemas lagi.Apapun ambe juga mengharapkan buku ini turut dijadika diskusi “aku baca, kau baca, kita Bedah” di komuniti Goodreads. Kepada pelawat blog ambe..kali ni entry berkisar tamadun ye..len kali akan kembali kepada ketegaran Vampire ye..kekeke


Monday, August 10, 2009

Trip ke Ganu ah Ganu part 2...

Sambungan seterusnya trip ke ganu di hari kedua di kenyir...awal2 pagi lagi sume bersemangat sebab hai ni aktiviti adalah bersantai di Tasik Kenyir....awal2 pagi kami sume dah tercegat dekat pusat penerangan kenyir dah time ni jugala kami diberi life jacket dan sekidit taklimat b4 masuk tasik..cuma yang sedihnya trip ke Kelah Sanctuary Park tak jadi sebab jauh sangat dan aktiviti plak pack hari ni..len kali la nampaknay ye..huhuhu


After bergambar depan pusat perhubungan awan kenyir kami terus sambar life jacket dan mencari position yang besh dalam bot..time ni ambe pun mulala snap sana snap sini...hehehe..teruja betui..

Bot terus meluncur laju dan apa lagi kerja menangkap gambo bermula..sampai bot pun nak terbalik..hahaha kalau tak memang berenang dalam tasik kenyirla...silap2 jadi habuan ikang naga atau arapaima fish la...

Ni la upanya Saddle dam..ambe snap satu je puncak bukit..yang satu lagi tak nampak sebab kabus tebal..sejuk gak suasana kat ni

Lepas lawat Saddle Dam kita orang gi taman botani herba kat Kenyir ni..nak tengok tumbuhan-tumbuhan herba maila dekat sini...sebab yang besh ialah.......

Tak sabar nak menunggu air tongkat ali mendidih ni..sebab kat sini air tongkat ali direbus fresh drpd akar2 yang original....sempat gakla kita orang tengok...
So apa lagi..bila dah masak..kita orang pun try minum..kacip Fatimah pun ada juga...bos ambe bantai 6 cawan..giler ke apa ni..ambe sekadar rasa cukupla 2 cawan..hehehehe..lepas 30 min baru terasa aura kepanasannya...berpeluh2 juga..so kalau sapa2 yang ske study lewat2 malam sesuaila minum..sure tak tido sampai pagi nanti...

Lepas gi taman herba , kita Air Terjun Lasir...memang cantik bangat...terpelihara dan besh sangat suasana kat sini..damai dan aman permai...

On day way mencari port terbaik nak terjun n mandi manda...

So bila dah jumpa lubuk...terus terjun ...hahaha..tapi jap je 15 min je..sebab lepas ni GM stesen nak jumpa plak...so terpaksala bergegas2 dalam 40 min balik ke stesen semula...ni memang tak besh!!!

Sesi bertukarrrrrrrrr...hehehe...ambe slamat dah thats why sempat snap2 gambar bos2 ni menyalin baju.....hehehe...kena la smart skit sebab nak jumpa GM pas ni...


Selepas melantak nasi lemak, sambal ikan bilis , cucur popia, cucur cara..akhirnya cam biasa sesi bergambar kenangan..hahaha GM Kenyir ni dulu GM Cameron Highlands gak..very sporting n workaholicnyer person ni...


So lepas salam2, say never say good bye..kita orang pun bertolakla ke main activity sebenar melawat Terangganu ni....iaitu melihat tapak site Projek Hulu Terengganu yang terletak 50 Km from Gawi...memang pedalaman...

Tengokla jalan nak ke sana...nasib bek naik 4WD..kalau tak memang tak jalan sebab jalan2 ni sesuai untuk lori2 balak je yang lalu lang...pastu ambe yang mengantuk dalam kereta yang terhuyung hayang ni pun snap2 la gambar jalan ni...hehehe ..driver ambe cakap

Driver : Cik, cik tangkap gambar jalan ke gambo lori....?

Ambe : tak kisahla bro...janji ada gambo ambe snap....

Driver : Kat sini cik tak bleh sebarangan tangkap gambo, nanti encik balik office tengok balik gambo, gambo lain yang kuar...hehehe

Ambe : Glup..glup...betui ke......(terus ambe simpa camera ni...hahahaha)

Ambe mengambil bonggol kayu yang agak besar dan berdiri atas bonggol kayu..then barula nampak jelas drawing ni.....halamak drawing civilnyerla..takpe layan je la.......bleh nampak bertapak jauhnya connection between empangan Tembat dengan Puah..memang pedalaman tahap ninja ....

Cam biasa ..after site visit, finally sesi bergambar lagi...kat sini ada Team TNB GAD HQ Hulu terengganu, team ambe sendiri Project TNB Cameron highlands dan wakil gabungan GLC

Lagi 5 ke 6 tahun sungai akan hilang sebab akan tenggelam apabila dam hulu terangganu siap..terpaksa berkorban demi menjana elektrik untuk rakyat terangganu khususnya dan rakyat semenanjung amnya


On da way balik, kita orang singgah dulu tempat hidupan liar Terengganu, gajah2 dekat ni adalah gaja2 yang dipindahkan sebelum projek nak dijalankan..kesian ye korang gajah2 ye tempat korang bakal jadi dam nanti...


Ceh!..tengak slumberland betui ambe pegang pipi gajah tu..tuan empunya gajah pun terkejut..kekeke ...kenapa?

Tuan Gajah : cik, len kali jangan pegang muka gajah..takut gajah naik minyak....

Ambe : Betui ke....sorryla bang ambe tak tahu...

So moral of the story..jangan lebih ..tunggu dapat arahan barula buat..ni tak terus je ambe gi pegang gajah tu........hahahaha..tapi kali tak pe gajah tu baik2 je...

Lebih kurang pukul 6 ptg kiita orang pun chowla..selamat tinggal Terengganu....ambe ske sebab bleh makang ikan singgang kat sini...hehehe..kiranya hajat tercapaila...ok ada masa n kerja datang lagi ye Terengganu ...

Sunday, August 9, 2009

Sketching lagi !!


Tetiba nak melukis lagi...kali ni si mamat Tamaki...sebab ambe tengak layan Love Shuffle...episode last...



Okey after 30 min dah nak siap..check balik halamak mulut herut skit...pastu rambut cam rambut palsu je..statik sangat..takpe touch up skit2 lagi




Okla ni tang rambut..ambe still tak mahir lagi..teknik2 pun dah tak ingat dah..walaupun tak 100% cam Tamaki...at least ambe mencuba yang terbaik dah..apapun still kena improve skill lagi ni...harap Mrs.Tamaki tak marah ye sebab tak jadi portrait mamat ni...hahaha



Ni gambo sebenar..takpe len kali try lagi ye Nakamura.....gambatte ne !!!!

Lamanya Tak Sketch Potrait

Lamanya tak sketching tangan ni...hampir 6 tahun dah tak pegang pencil ataupun drawing pen...dulu ambe memang ske melukis especially anime...sejak masuk Universiti ambe dah sibuk dah takde masa.....cam sekarang kerja plak..halamak manala ada masa..tapi tetiba je malam ni tangan terasa macam nak sketching someting plak....tapi tu arrrrr lama tak melukis..tangan pun menggeletar..lukisana pun dah herot petot dah...hahaha...apapun ambe ske melukis sesangat...


Ambe still lagi simpat drawing pen dan pencil2 ni.....teringat dulu2 masa blajar kat secondary school..subjek yang paling dinanti2 adalah pendidikan seni...ske sangat ambe melukis then color plak lukisan tu...cikgu ambe..Pn. Bibi Fatimah pun slalu bagi galakan ..kalau minat melukis nanti blehla ambil Art & Design...hahaha..tapi macam manala plak ambe melencong ambik science stream......so skrang jadila engineer cabuk....hahaha...apapun sesuatu itu ada hikmahnyakan....






Malam ni ambil mendengar lagu Yumei No Chikara lagu Jdrama Attack No.1..terasa nak melukis gambo Ueto Aya...so ambe capaila pencil dan sketching.......memang buruk lukisan ni bila lama tak melukis..tangan pun dah keras dah...hahaha...but its very fun and enjoyful.....






Hahaha 90% dah hampir siap..tetiba sifat semulajadi datang...sifat malasla ni..terus ambe stop....so thats why ambe tak layak ambik Art & Design.....nanti failla kalau buat separuh jalan terus berhenti......apapun conclusionnya.....lakukan je apa yang korang ske buat..jangan bataskan diri anda....jika ske menulih...tulisla apapun pasti nanti korang akan mendapat kepuasan...cam ambe kekadang tension kat Office..balik umah dapat baca buku, layan citer jepun, melukis sedikit sebanyak mengurangkan ke-tension-nan tu..namun as a Muslim the best solution mestila solat dan Al-Quran...InsyaAllah jiwa akan menjadi bertambah tenang dengannya..betui tak...hahaha.....okla ni je entry malam ni..takleh nak tido..tu yang dok melukih ni..hahaha ....okla Ohayuminasai semua...good nite ye....