Tuesday, August 11, 2009

Sudut Baca-baca 4



Resensi buku kali ini adalah Iskandar Bukan Zulqarnain...beralihla plak ke arah tamadun Islam...cukupla dulu Vampire Mania..sebelahnye plak buku yang bakal ambe baca dalam masa terdekat ni..InsyaAllah..


Diskusi sudut baca-baca: Benarkah Iskandar Bukan Zulqarnain

Alhamdulillah, akhirnya hari ahad lepas ambe berjaya habiskan buku setebal 200 ms ni.Buku ni adalah hasil penulisan Afareez Abd Razak Al-Hafiz yang juga merupakan pelajar PHD Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.Buku ni bersifat historical review dan mengajak kita mendalami sejarah silap kenabian yang tersurat sejak Adam A.S sehinggala ke zama kegemilangan Iskandar Zulqarnian.Cuma persoalan yang cuba ditimbulkan oleh penulis adalah betulkan Iskandar yang diagungkan ini adalah Iskandar yang sebenar yang namanya termaktub dalam kalam Al-Quran.InsyaAllah persoalan akan terjawab dalam buku ni.

Melewati bab pertama sehingga ke tiga, penulis banyak menekankan salasilah keturunan Nabi-nabi, di sini pembaca akan dapat mengetahui salasilah keturunan Nabi Adam sehinggala kepada Nabi Ibrahim A.S. Cuma apa yang ambe dapati penerangan agak kurang kritis sedikit dan sukar untuk difahami memandangkan fakta yang terlalu padat dan diringkaskan dengan terlalu terperinci. Namun syabas diucapkan kerana penulis berjaya membawa perjalanan cerita dengan menghubung kait secara santai dan sesekali pembaca akan menoleh ke mukasurat terbelakang untuk merujuk kembali siapakah tokoh yang diperbincangkan. Mungkin akan bertambah baik sekiranya salasilah Nabi-nabi dihuraikan dengan lebih banyak agar kita mudah memahami sekaligus mengenal agak sejarah para Nabi-nabi ini.

Kisah-kisah yang dibingkai dalam setiap bab mencirikan ceritak dalam Al-Quran, contohnya Peristiwa Raja Namrub dan apakah hubungkaitnya cerita ini dengan cerita Nabi Ibrahim. Peristiwa Nabi Lut dan Kaum Soddom dan paling penting dalam sejarah Umat Islam adalah peristiwa pembinaan Masjidil Aqsa. Persoalannya siapakah perintis kepada pembinaan Masjid Al-Aqsa dan kenapakan Yahudi begitu kepingin akan tanah Masjid Al-Aqsa itu.jawapannya adalah Nabi Yaakub.Di sini juga penulis memberi sedikit gambaran tentang asal keturunan Yahudi yang bermula daripada Ais iatu abang kembar kepada nabi Yaakub. Pembaca dapat memahami dengan mudah sekaligus memahami kesucian tanah masjidil aqsa itu kepada bangsa Yahudi.

Dalam bab kedua, penulis mula membuka lembaran kepada sirah kehebatan Nabi Sulaiman, kisah pengIslaman puteri Saba’ atau pun Puteri Balqis dan kisah ujian Nabi Sulaiman apabila kekuasaan dan nikmatnya ditarik seketika oleh Allah SWT. Di sini ditekankan juga sewaktu kewafatan nabi Sulaiman, jin-jin tidak mengetahuinya bahkan baginda wafat dalam bilik peribadinya yang hanya bersebelahan dengan tempat jin-jin ini bekerja. Maka jelas membuktikan jin2 ini tidak mempunyai pengetahuan yang melangkaui batasan seperti masyarakat kita percayai.konklusinya jin2 tidak mengetahui perkara ghaib, jadi jangan kita goyahkan tunjang keimanan kita semata-mata kerana kepercayaan yang bersifat syirik . Seterusnya selepas keruntuhan empayar Nabi Sulaiman, bangkit kerajaan Bukhtanasar yang merupakan perintis ke arah zaman kegemilangan Iskandar zulqarnain .Dalam bab ketiga ini jugala, raja tersebut bermimpi akan berhala yang berkepala emas pecah hancur berkecai, selepas itu dadanya yang perak juga hancur bekerja, perut dan paha daripada gangsa juga turut punah, diikuti lutut hingga ke buku lali daripada besi turut pecah serta kakinya daripada tanah liat juga hancur luluh. Gambaran mimpi ini membawa maksud akan kehebatan kerajaan silam akhirnya akan lenyap dan diganti dengan kerajaan yang semakin hilang kehebatannya, dah proses ini berlaku sehinggala ke zaman ini..Persoalannya kenapa kita masih nak menyanjungi kehebatan barat sedangkan kehebatan mereka secara persamaan tanah liat sahaja berbanding kehebatan tamadun Islam terdahulu yang diumpamakan perak dan emas…jadi kembalilah kita mengagungkan kehebatan Islam.

Bab terakhirla baru penulis menyingkap kebenaran Iskandar berdasarkan petikan nama Zulqarnain yang disebut dalam Al-Quran.Di sini pembaca diajak untuk membuat perbandingan sama ada zulqarnian itu adalah Raja Kurush yang merupakan putera kepada Raja Parsi yang bernama Cambyses 1 ataupun Raja Iskandar putera kepada Raja Phillip 2 daripada empayar Mecadonia. Bab ini ambe paling suke dan tertarik sangat malah membacanya berulang-ulang kalis setiap ayat agar dapat memahami dengan betul.Masyarakat barat utuh dengan bukti-bukti yang sahih mempertikaikan Alexander The Great adalah raja Iskandar manakala setelah penulis menjalankan kajian didapati penulis terjumpa bukti-bukti yang menidakkan Raja Iskandar sebagai Zulqarnain, malah perbandingan dengan empat peristiwa di dalam Al-Quran turut berbeza malah tidak sama sekali.

Dalam Al-Quran menceritakan Zulqarnian seorang raja yang baik hati, membantu segolongan puak membina benteng untuk menghalangi kekacauan Yakjud dan Makjud.Namun rentetan sejarah Raja Iskandar banyak diselangselikan dengan sikapnya agak jauh berbeza dengan apa yang diceritakan dalam Al-Quran..contohnya beliau seorang peminum arak yang tegar malah sanggup membunuh sahabat baik dan panglima tenteranya sekiranya tidak mengikut kemahuannya, mengamalkan dasar paksaan terhadap kerahan tenteraannya dan mengabaikan empayarnya semata-mata ingin mengembara untuk meluaskan empayarnya.Malah sikapnya yang tidak mengambil tahu akan system pentadbiran menyebabkan kejatuhan empayar Mecadonia yang suatu ketika menjadi kekaguman empayar2 serata dunia ketika itu. Berbalik kepada Raja Kurush yang bersifat lebih mahmudah, menawan sesuatu kerajaan baru tetapi tidak membunuh pemimpin Negara tersebut malah menawarkan sebagai penasihat, membebaskan tawanan rakyat serta mengamalkan system asasi hak manusia yang pertama.apakah system itu? Anda perlula membeli dan membaca buku ini..Selain itu factor beliau yang banyak berhubung kait dengan golongan Georgian yang merupakan perintis zaman besi baru dalam usaha menghalang yakjud dan makjud untuk membuat kekacauan kepada manusia. Di sini sedikit sebanyak menekan aspek yang agak selisih dengan apa yang terkandung dalam Al-Quran. Penulis sedikit sebanyak membuka perspektif kita untuk memahami dan berfikir sejenak akan kebenaran sebenar siapakah itu Iskandar Dan Zulqarnain.

Buku ini sangat bagus malah diwar-warkan agar anda turut memiliki sekiranya mampu.membuka perspektif kita akan ketamadunan islam serta rentetan peristiwa yang berlaku bagai dirakam dengan kemas dan penuh tersusun. Selepas ini ambe akan mencari buku Yakjud dan Makjub pula..mungkin di sini definisi ke arah pemahaman Iskandar akan lebih tersingkap kemas lagi.Apapun ambe juga mengharapkan buku ini turut dijadika diskusi “aku baca, kau baca, kita Bedah” di komuniti Goodreads. Kepada pelawat blog ambe..kali ni entry berkisar tamadun ye..len kali akan kembali kepada ketegaran Vampire ye..kekeke


13 comments:

white rose said...

eden dh bli buku ni...dlm proses bcaan...mula2 xpaham...hahaha...

messyremo said...

fuh..

aku pun nak cari gak la..

skang ni tgh bace buku The Last Lecture~~

Nakamura Kazuki said...

ustazah ..buku sangat besh, tapi tu la mungkin penulis terlalu padatkan semua fakta menjadikan penerangan tak begitu jelas..namun secara keseluruhan still bleh follow lagi

waiem said...

ambe baca ko nye ribiu je la...cepat sket tamat...cinta bertasbih pon x abis2 baca...aigoo

Nakamura Kazuki said...

messy...ambe pun dah baca dah ..lecture terakhir daripada Prof. Randy Paush...bagaimana beliau cuba meyakinkan diri serta keazaman walaupun time tu dia tengah menderita cancer...sangat motivation dan increase our self esteem masa membacanya..mungkin ada masa ambe try meresensikan buku ni..mungkin nak tahu lebih lanjut silala ke forum goodreads

Nakamura Kazuki said...

terlupala waiem nama anak kiai tu nama siti antrafunnisakan...waiem buku ni ada jild 1 dan dua..ambe baca jilid sau je..sebab last2 bahasanya dah menyebabkab ambe kepusingan..hahaha

waiem said...

ambe pon kepusingan baca tu yg lambat haha..episode 2 pon dah ada..tinggal nak baca je..buku ni pun nak carik jugak..senornya barat banyak ceduk ilmu dr para ilmuan islam dahulu kemudian di olah semula konon dia yg cipta kann..

ambe nak carik buku psl sejarah andalus..kalu ada jupe tolong war2 kan ek..

Unknown said...

ambe ngah baca buku pengembaraan Ibnu Battutah yg beli ari tu..tebal sgt ..agak makan masa..tp bagus jugak baca buku2 sejarah ISlam nih..manyak tempat jelajahan..dari Barat LAut Afrika sampai lah ke Mali..wah!hebat tul..

myQza said...

sharing is loving.. eh caring!! :p

dah lama x baca buku macam ni sejak khatam buku Dont be sad versi bahasa melayu :P

Nakamura Kazuki said...

waiem...nanti ambe usha2 kan ...kalau bleh nak usha casher MPH tu skali..kekekeke

ashie,,buku tentang pengembaraan Ib Batuttah tu setakat ni ambe tak jumpa lagi....thts why mahal..tapi rasanya tak rugi belikan...

Tedi membaca amalan mulia...kekeke

Welma La'anda said...

salam,

Wah patutlah bertanya sudah baca ke belum Yakjuj makjuj tu. Belum lagi membacanya. Jom kita lumba siapa dulu publish ulasan untuk Yakjuj Makjuj :)

* buku sejarah andalus tu boleh dapatkan mana2 kedai buku. penerbit telaga biru kan.

* buku pengembaraan ibnu battutah boleh beli secara online di ujanailmu.com.my. boleh cuba FB kat Kak Nisah.

kawan2 semua,

cubalah baca Bidadari2 Syurga dan Tenggelam Rembulan di WajahMU OLEH Tere Liye. Sangat2 sedih.

Nakamura Kazuki said...

welma thanks ye for the info..akan ambe war-warkan

Anonymous said...

Zulkarnian adalah orang melayu dan sebuah empayar maritim?

Salah satu ciri jelas berkenaan dengan Zulkarnian adalah dia kebarat dan kemudian ke timur. Apakah cara yang paling mudah untuk ke timur dan barat? Apakah timur itu Jepun,dan apakah barat itu sekadar Macedonia (Greece)? Bukankah barat itu Amerika? Bukankah timur jauh itu Sulu (Filipina)? Tamadun Maya atau Aztec mempunyai rekod mereka didatangi oleh kapal-kapal dari orang yang berpengetahuan tinggi.

Bukankah jalan mudah ketimur jauh dan barat jauh dalah melalui laut menggunakan kapal-kapal. Kenapa Raja Parsi, bukankah lebih tepat orang-orang melayu dan raja-raja Melayu kerana semua maklum orang-orang melayu adalah pelaut handalan yang mampu meredah lautan besar samada ketimur ataupun kebarat, dan adalah sebuah empayar maritim.

Empayar maritim tidak boleh disamakan dengan empayar rom dan firaun sebagai contoh dengan pyramid dan collisseum.

wallahualam